Ruhainies minta maaf pakai ‘inner’ nampak lurah, janji tak akan terulang lagi
Penampilan pelakon cantik, Ruhainies yang tampil agak terdedah baru-baru ni dalam satu acara telah mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen.
Dia yang sebelum ini dilihat lebih sopan telah berani mendedahkan bahagian dada sehingga terlihat lurah walaupun dia sendiri seolah-olah cuba menutupinya dengan tangan.
Sedar bahawa pakaiannya agak kurang sesuai, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31 memohon maaf diatas keterlanjurannya berpakaian.
Memetik laporan dari Mstar, pelakon drama Cukup Derita itu menyatakan situasi yang agak tergesa-gesa menjadi punca dia memakai inner baju yang memperlihatkan lurah.
“Saya mohon maaf atas apa yang berlaku… Salah saya sendiri pakai baju inner yang menampakkan bahagian dada.
“Ketika itu saya tergesa-gesa hendak hadir majlis pelancaran sebuah butik sampai tak sempat mencuba inner yang baru saya beli sehari sebelum majlis.
15 minit sebelum majlis baru saya pakai baju tersebut… Apabila dah pakai, barulah saya perasan,” katanya.
Ruhainies yang berkongsi gambar tersebut di Instagram teruk dihentam netizen sehingga dia mengambil pendekatan untuk menutup sementara ruangan komen bagi mengelakkan lebih banyak kata-kata tidak baik.
Katanya, rakan-rakan juga agak terkejut dengan penampilannya pada hari berkenaan kerana dia tidak pernah berpakaian seksi sebegitu sebelum ini.
“Kawan-kawan yang datang ketika itu pun ada yang terkejut sebab sebelum ini saya tidak pernah seksi sebegitu.
“Pada hari itu saya ada tiga acara, jadi selepas majlis pelancaran itu itu saya terus beli inner baru dan menukarnya,” ujarnya.
Adik kepada pelakon, Risteena Munim itu juga tetap berpegang teguh dengan prinsipnya untuk tidak memakai pakaian terlalu seksi dan menjanjikan bahawa kejadian tersebut yang terakhir berlaku.
“Saya ada prinsip tidak akan pakai terlalu seksi apabila hadir mana-mana majlis. Selama ini pun saya amat menjaga penampilan supaya tidak keterlaluan.
“Saya janji kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Saya akan lebih berhati-hati,” jelasnya.
Terdahulu, posting dan beberapa video memperlihatkan penampilan berbeza Ruhainies ini telah mendapat kritikan ramai.
Mana tidaknya, dia yang jarang tampil seksi telah hadir ke satu acara dengan berpakaian terdedah hingga menampakkan dadanya.
Jelas kelihatan pelakon itu juga tidak selesa dengan pakaiannya sehingga menutup sendiri menggunakan dengan tangan jika bertemu dengan rakan-rakan ataupun ingin bergambar.
Sumber: Mstar (Farol Hadi), TikTok jabir_meftah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source