Otak Albert Einstein Pernah Dicuri
Pada 17 April tahun 1955, Einstein dihantar ke hospital di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana saluran aorta jantungnya pecah.
Einstein meninggal pada usia 76 tahun. Ketika beliau meninggal, otaknya dicuri dan hilang selama 50 tahun. Orang yang melakukan perkara tersebut ialah Dr. Thomas Stolz Harvey yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia.
Stolz sebenarnya bukanlah seorang pakar bedah otak ataupun pakar otak sekalipun. Stolz dakwa dia dapat kebenaran untuk buat autopsi tersebut. Tapi, sehingga ke hari ini, surat kebenaran tu langsung tak dijumpai.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Beliau rendam otak tersebut di dalam cecair formaldehyde. Stolz turut keluarkan biji mata Einstein dan kemudian diserahkan kepada doktor mata Einstein bernama Henry Adam. Selebihnya, barulah Stolz serahkan jasad Einstein untuk dibakar.
Sebelum meninggal, Einstein dah pesan yang tubuhnya dibakar bersama-sama dengan otaknya sekali.
Apabila pihak hospital minta otak Einstein dari Stolz, beliau tak nak bagi malah beliau lari dari Hospital Princeton.
Selepas dunia tahu otak Einstein dimiliki oleh Stolz, ramai penyelidik minta sebahagian daripadanya untuk tujuan penyelidikan. Antara orang yang memintanya termasuklah Dr. Zimmermann dari New York. Namun, Stolz langsung tak bagi kepada Zimmermann.
Setelah itu, Stolz pergi ke Universiti Pennsylvania di mana dia kerat otak Einstein kepada 240 bahagian. Sebahagiannya diserahkan kepada Zimmerman dan sebahagian lagi di hantar kepada saintis yang lain.
Selepas 40 tahun otak Einstein berada dalam simpanan Stolz, takde satu pun kertas penyelidikan yang dikeluarkan olehnya. Lepas 40 tahun, Stolz bawa otak Einstein dalam bekas tupperware untuk dipulangkan kepada cucu Einstein bernama Evelyn.
Tapi, Evelyn tak nak terima. Setelah Stolz meninggal dunia pada tahun 2007, otak Einstein disimpan oleh warisnya supaya diserahkan bagi penyelidikan sains.
Pada tahun 2010, pewaris kepada Stolz serahkan otak Einstein kepada National Museum of Health & Medicine di Washington. Selain dari National Museum of Health & Medicine, serpihan otak Einstein juga boleh dilawati di Mutter Museum, Philadelphia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Betul ke genius-genuis sarjana ni selalu hidup merana di akhir hayatnya? Kenali 25 sarjana Fizik seperti Albert Einstein dan Marie Curie bersama THE PHYSICISTS ODYSSEY di: https://bit.ly/ThePhysicistOdyssey
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source