#GIRLPOWER: 4 Wanita Malaysia Lakar Sejarah Bergelar Juruterbang PDRM Wanita Pertama Negara
Empat pegawai polis berpangkat Inspektor mencipta sejarah menjadi juruterbang wanita pertama dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), 44 tahun selepas penubuhannya.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Naimi Teruja Sepentas Dengan Search, Mahu Sambung Pengajian Dalam Jurusan Muzik
Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli 31 tahun, Inspektor Yeoh Yee Chee 31 tahun, Inspektor Siti Nabilah Abdullah 33 tahun, dan Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa 33 tahun diberi penghormatan Lesen (PPL) semasa Ulang Tahun PGU ke-44 yang diadakan di Pangkalan Latihan Sayap Udara Polis pada Isnin, 11 September.
Mereka adalah antara 12 pelatih yang menerima anugerah itu daripada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitcha.
Berasal dari Ipoh, Nur Hidayah dinobatkan sebagai Pelatih Penerbangan Terbaik. Wow!
“Kami adalah juruterbang wanita pertama yang dipilih untuk menyertai latihan dan ia bukan suatu perkara yang mudah bagi kami. Kami perlu membuktikan bahawa kami mempunyai kebolehan yang sama seperti lelaki dari segi akademik dan penerbangan,” jelas beliau menurut sumber News Strait Times.
Dia menekankan bahawa mereka menjalani tempoh latihan selama setahun setengah, yang berakhir pada Julai tahun ini, dan pengajar mereka memberi mereka bimbingan terbaik semasa latihan.
Nur Hidayah merupakan anak keempat daripada tujuh beradik dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Sementara itu, Yeoh yang berkhidmat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ibu pejabat polis Kedah selama tujuh tahun berkata, dia merebut peluang itu sebaik sahaja PGU membuka kemasukan juruterbang wanita.
“Terdapat banyak peringkat dan keperluan yang perlu kami lalui. Terdapat dua peringkat, satu peringkat sekolah bawah (teori) dan kedua ialah fasa terbang (praktikal),” katanya.
Yeoh menyebut semua calon diwajibkan lulus 11 mata pelajaran sebelum layak ke fasa penerbangan.
Beliau juga menambah bahawa peranan mereka seterusnya akan merangkumi misi mencari dan menyelamat, membantu dalam penerbangan VIP sebagai pembantu juruterbang, dan tanggungjawab lain.
Selain itu, Yeoh berkongsi cabaran terbesar yang dihadapinya semasa latihan adalah penerbangan solo pertamanya.
“Saya sangat teruja tetapi juga gementar pada masa yang sama. Saya terpaksa berlepas dan mendaratkan pesawat itu sendiri,” katanya.
Komander PGU Datuk Noor Sham Md Jani berkata ini adalah kali pertama dalam sejarah PGU pegawai berpangkat inspektor wanita dilatih.
Menurut New Straits Times, Noor turut menyatakan empat calon wanita itu dipilih menyertai kursus PPL berikutan proses saringan yang ketat membabitkan 36 peserta.
Beliau seterusnya menyebut bahawa pasukan polis sangat menggalakkan pegawai wanita yang kompeten dan berkelayakan untuk menyertai PGU kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO: PDRM, News Strait Times, Bernama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source