Bongkar Personaliti Hanya Dengan Cara ‘Tidur’, No.3 Tu Bukti Punyai Kepimpinan Tinggi!
Bukan biashe-biashe ni..
Sempena pelancaran model telefon pintar baharu yang bersesuaian dengan pengguna remaja iaitu Samsung Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72, jenama elektronik dari Korea Selatan itu telahpun melakukan sesuatu yang istimewa di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Samsung telah ‘menghadiahkan’ sebuah dinding mural baharu dengan menampilkan kumpulan yang kian meningkat naik iaitu Dolla!
Jelas terpampang wajah ahlinya – Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya dengan logo Samsung Galaxy A sebagai usaha memeriahkan suasana di Jalan Tun HS Lee agar ia lebih bertenaga dan tidak lagi kelihatan kusam mahupun usang.
Dinding grafiti ini merupakan karya kreatif pelukis grafiti tempatan, Lowkey. Lihat sajalah transformasi yang dilakukan oleh pelukis tersebut di bawah.
Beberapa bangunan nostalgik lain di sekitar Kuala Lumpur yang diceriakan dengan lukisan mural termasuklah bangunan REX KL karya Orkibal dan di Bangunan Zhongshan hasil karya Bona Stellar yang dijangka siap pada bulan Mei ini.
Menerusi hantaran Instagram Story Dolla pada Jumaat lalu, mereka jelas kelihatan teruja dengan pelancaran dinding mural itu.
Dengan tema ‘Dikuasakan oleh Galaxy A’, mural-mural yang dihasilkan di sekitar Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada usaha Samsung dan pengkarya kreatif tempatan untuk memberi inspirasi agar remaja terus mengekspresikan kreativiti dan minat seni mereka secara bebas dan spontan.
Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, apa tunggu lagi? Muat naik foto korang bersama ‘Dolla’ di Jalan Tun HS Lee ini!
Raya Raya Raya Bersama Samsung
Buat julung kalinya, Dolla baru melancarkan lagu khas sempena perayaan Aidilfitri berserta video muziknya sekali.
Lagu berjudul Raya Raya Raya itu amat ditunggu-tunggukan oleh iDolla sekalian apabila ia telahpun mencapai 261,000 tontonan di YouTube setakat waktu artikel ini dimuat naik.
Sebagaimana kita ketahui, Dolla dikenali menerusi lagu berentak rancak seperti Watch Me Glow dan Raya Raya Raya penulis rasakan masih tidak ‘tersasar’ dari landasan identiti grup ini. Biarpun ia bertemakan perayaan Aidilfitri, Dolla tetap cuba mengeksplorasi sesuatu yang baru dan relevan dengan tema perayaan Aidilfitri.
Menerusi lirik lagu Raya Raya Raya dan video muziknya di atas, Dolla menunjukkan kemesraan beraya dalam kepesatan teknologi.
Maklumlah, cara berhari raya kini sudah berbeza. Selain beramah mesra dan menjamah juadah wajib setiap kali Aidilfitri tiba, kita sekarang juga mementingkan media sosial dan peranti moden untuk berinteraksi dengan yang tersayang.
Disebabkan itulah wujudnya kolaborasi ini. Samsung dan Dolla turut ingin mengajak korang untuk sama-sama beraya dengan peranti baharu Galaxy A32 melalui cabaran TikTok Dolla yang sudah mula dijalankan sejak 1 Mei lalu.
Senang je untuk memenangi salah satu daripada 9 unit Galaxy A32 yang ingin diberikan. Korang hanya perlu menari dengan lagu Raya Raya Raya nyanyian Dolla di TikTok dan voila! Mungkin koranglah salah seorang pemenang bertuah pada kali ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Siapakah Dolla, Grup Tempatan Yang Disamakan Dengan Blackpink? – REMAJA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source