Tak Serik! Pemuda Pernah ‘SCAM’ Satu Malaysia Dengan Biasiswa NASA Kini Digugurkan Dari Program Felo Perdana Setelah Kantoi Menipu
Korang ingat lagi tak kisah Azhar Ali yang pernah menipu seluruh Malaysia dengan mengaku bahawa beliau berjaya peroleh biasiswa NASA? Haaaaa..cuba ingat balik!
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Tiada Nama “Azhar Ali” Dalam Carian Di NASA? Tweet Tahniah Dari PM Dah Tidak Ditemui
Berita tersebut telah mendapat liputan meluas sehingga ia mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Maka, jangan terkejut bila REMAJA laporkan bahawa pemuda yang sama telah berjaya menipu masuk ke Felo Perdana tahun ini, sebuah program berprestij di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Wow! Sangatlah tidak serik!
Pada 23 Ogos, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menggunakan profil Instagramnya untuk memuatnaik gambar beliau bersama dua individu Felo Perdana.
Dalam catatan itu, Tengku Zafrul menulis bahawa 56 Felo Perdana telah dipilih tahun ini. Beliau juga menyatakan bahawa mereka akan menjalankan tugas masing-masing mulai 23 Ogos sehingga akhir tahun ini.
“Selamat datang saya ucapkan kepada dua Felo Perdana, Gan Yu Jin dan Muhammad Azhar, kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian. Saya berharap program ini dapat memberi pengalaman berharga kepada anda,” kata menteri itu dalam muatnaik tersebut yang turut menyertakan poster yang mempamerkan pencapaian individu mereka.
This guy is a liar and I’m disappointed that @tzafrul_aziz picked this guy. How did he even get the job?
Does Azhar Ali think that we are a bunch of idiots? https://t.co/CXPX49PPFy pic.twitter.com/on5mwm2Wq1
— Pradeesh (@prasys) September 12, 2023
Perkongsian Datuk Seri Tengku Zafrul tersebut kemudian menarik perhatian warganet apabila mereka mula menyedari bahawa salah seorang Felo Perdana di dalam gambar tersebut adalah individu yang sama yang telah menipu satu Malaysia suatu ketika dahulu.
Sama seperti dakwaannya yang dibuat-buat untuk memenangi biasiswa NASA pada 2020, beberapa “pencapaian” Azhar — seperti Champion of the WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon, Delegate Terbaik di Sidang Kemuncak Dasar Fiskal Bank Negara 2021, dan Microsoft Imagine Cup 2021 Naib Johan telah dipalsukan.
Sebagai contoh, pasukan yang menang di WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon sebenarnya dari Vietnam, China dan Korea Selatan, seperti yang diumumkan oleh WorldQuant pada 21 Disember tahun lepas. Pengumuman itu, termasuk nama pasukan yang menang, sama sekali tidak menyebut nama pemuda itu mahupun Malaysia.
Begitu juga, dakwaan Azhar sebagai naib juara Piala Microsoft Imagine 2021 tidak melepasi semakan pengesahan. Pemenang adalah kumpulan dari Kenya, dan finalis lain adalah dari AS, Thailand dan New Zealand.
Bahkan Malaysia tidak termasuk dalam lima pasukan dari Asia yang muncul dalam 12 finalis terbaik.
Pencapaiannya telah pun mendapat perhatian di media sosial, mendorong Menteri KBS Hannah Yeoh mengeluarkan kenyataan pada 13 September, mengumumkan penamatannya daripada program itu.
Kenyataan Media @KBSMalaysia:
1. Program Felo Perdana merupakan program mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan belia yang berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara. Program ini telah berjaya menghasilkan 763 orang Felo sejak dilancarkan pada tahun 2013.
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) September 13, 2023
Menurut kenyataan itu, Azhar telah memberikan sijil palsu kepada pihak kementerian bagi salah satu pencapaian yang didakwa telah dimenangi olehnya.
“KBS sedia maklum mengenai kisah viral baru-baru ini melibatkan seorang Felo yang ditempatkan di MITI. Pelajar universiti awam itu menyenaraikan beberapa pencapaian ketika memohon Program Felo Perdana. Namun, salah satu pencapaian itu selepas semakan dengan pihak penganjur didapati adalah tidak asli.
“Justeru, disebabkan isu ini, beliau akan diberhentikan daripada menyertai program Felo Perdana kerana melanggar syarat perjanjian program tersebut,” jelas beliau.
“Bagaimanapun, dia akan ditawarkan untuk menjalani sesi kaunseling,” kata KBS.
Kementerian juga menyatakan akan memulakan siasatan lebih lanjut di masa hadapan bagi memastikan proses kemasukan program itu lebih telus dan sahih.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: KBS, Instagram Tengku Zafrul
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source