Malam itu agak gelap. Langsung tidak kelihatan bulan dicelah awan tebal.
Dua sahabat baik, Aishah dan Lina baru pulang dari mengaji. Mereka sudah bersahabat baik dari kecil lagi kerana rumah agak berdekatan. Dalam santai menuju ke rumah, secara spontan Aishah mengajukan soalan.
“Kalau aku jadi pocong, kau takut tak,” tanya Aishah ketika mereka santai-santai balik dari kelas mengaji di rumah Ustazah Juwita malam itu.
“Apa kau merepek nie. Takkanlah kau nak jadi pocong. Mana boleh jadi hantu,” kata Lina sambil mencubit lengan kawan baiknya itu.
“Kalau aku jadi pocong kau takut ke tak. Aku betul-betul nie,” tanya Aishah lagi., tanyanya seolah sedikit mendesak. Memikirkan soalan itu tidak sesuai, Lina mengabaikannya sahaja. Tetapi selama tiga hari itu jugalah mulutnya tidak pernah lekang bertanya soalan yang sama hingga Lina malas melayannya.
Namun ternyata pertanyaan Aishah ada maksud di sebaliknya. Masuk hari ke empat, dalam keduanya pulang kerana baru habis mengaji, sewaktu lalu di sebatang pokok besar, secara tiba-tiba dahan besar menimpa kepala Aishah sehingga mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan parah.
Di saat tubuhnya berlumuran darah itulah, mulutnya tidak henti-henti mengatakan pedih, sakit berulang kali di hadapan Lina yang terlalu panik sehingga suaranya akhirnya terhenti sendiri. Sewaktu ambulan datang, paramedik mengesahkan Aishah sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Sedih di hati Lina bukan kepalang kerana dia menyaksikan sahabat baiknya maut di depan mata.
Jenazahnya segera dibawa ke hospital. Seluruh ahli keluarganya menangisi pemergian secara tiba-tiba itu. Memandangkan diri arwah tiada sebarang sakit,maka satu post mortem dilakukan oleh pihak hospital sebelum boleh dibawa balik. Hasil pemeriksaan, arwah meninggal akibat kecederaan parah di kepala selain organ dalamannya pecah. Sebelah pagi itu, barulah jenazahnya boleh dibawa keluar sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di surau kampung. Jenazah Aishah akhirnya selamat dikebumikan sekitar jam 2.00 petang.
Malam itu keluarganya mengadakan kenduri tahlil dan Lina tidak terkecuali hadir.
Kenduri itu selesai jam 10 malam. Memandangkan dia dan arwah Aishah berjiran, tiada apa ditakutkannya. Namun menjelang tengah malam, matanya seakan tidak boleh tidur. Waktu semakin menginjak ke jam 1 pagi. Ketika itu dia terdengar suara yang menyebut “pedihhhhh, sakitttt berulang kali.
Tersentak diri Lina ketika itu. Suara didengarinya sama seperti suara arwah Aishah yang meminta tolong ketika dahan pokok besar itu menimpanya. Namun tidak mahu berburuk sangka, dia pura-pura tidur biarpun hatinya terlalu takut.
Suara itu kemudiannya berlalu begitu sahaja.
Malam kedua, dari hanya sahutan suara berbunyi pedih dan sakit, kali ini Lina betul-betul mahu pengsan. Ini kerana sekitar jam 2 pagi dia terdengar satu suara berbunyi, “Lina…kalau aku jadi pocong kau takut takkkkkkkk…berulang-ulang suara itu berbunyi dari luar dan Lina sendiri pengsan kerana itulah pertanyaan Aishah kepadanya sebelum tragedi itu berlaku.
Esoknya heboh sekampung yang mana mereka mendengar suara pedihh, sakittt dan berbagai bunyi lagi. Sejak itu heboh kononnya hantu Aishah balik menuntut bela.
Trauma dan ketakutan penduduk amat berasas kerana hampir seminggu juga mereka mengalami gangguan ini. Ada melihat pocong melompat-lompat keliling kampung sehingga pernah ada anak muda kemalangan kerana terlalu takut. Ketika itu kecoh bahawa Aishah sudah menjelma menjadi pocong.
Hati keluarga arwah terlalu sedih. Mereka bukan keluarga bomoh atau mengamalkan ajaran songsang sehingga roh anak jadi begitu. Mereka kemudiannya memanggil seorang Ustaz yang juga pengamal perubatan untuk memulihkan kampung dari gangguan yang terjadi.
Malangnya, biar Ustaz Hambali sudah hadir, suara dan bayangan pocong tetap juga kembali menakut-nakutkan penduduk.
Bingung selain rasa ingin tahu, Ustaz Hambali berniat mahu bertemu keluarga Aishah. Ini kerana semasa dia menziarahi kubur remaja berkenaan, keadaan kuburnya elok dan tidak berlubang di kepala seperti yang biasa berlaku ke atas mayat yang diambil untuk tujuan ilmu hitam. Masa yang sama, ramai menyampaikan mereka selalu mendengar suara menyebut, pedihhhh, sakitttt…
Sesampaikan dia di rumah keluarga arwah Aishah, Ustaz Hambali berborak seketika sebelum bertanya mana baju terakhir yang dipakai oleh arwah.
“Saya dah basuh Ustaz. Elok lagi cuma penuh dengan kesan darah. Saya nak simpan buat kenangan,”kata ibu arwah dalam nada sebak.
Serentak mendengar jawapan itu, Ustaz Hambali sedikit mengelang.
“Kenapa Ustaz, kenapa dengan baju arwah, apa kena mengena,”soalnya bertalu.
Boleh saya tanya, akak basuh baju guna apa ya,”tanya Ustaz yang membuatkan keluarga arwah seakan tidak senang duduk.
“Saya basuh guna basuh la Ustaz. Apa kena mengena pula.
“Lagi akak guna apa ya…soal Ustaz bertali arus.
“Saya gunakan limau kerana mahu bersihkan darah yang melekat di bajunya. Kenapa salah ke,”aju mak arwah.
Sambil mengemaskan silaan duduknya, kata Ustaz Hambali dia sudah mendapat jawapan kerana suara berkenaan muncul sekaligus menakutkan penduduk kampung.
“Ini sedikit nasihat dari saya. Seandainya ada ahli keluarga yang mati kemalangan, mati berdarah dan sebagainya, jangan sesekali membersihkan darah arwah dengan limau. Begitu juga kalau mangsa kemalangan, sebaiknya curah saja darahnya dengan air bersih unuk mengelak roh jahat dari mendekati. Kadang kala ada sesetengah dari kita terutama pengamal ilmu hitam suka pergi ke lokasi kemalangan dan memerah limau untuk menarik roh jahat mengikut mereka. Sebaiknya guna sabun dan air sahaja. Bila kita menggunakan limau, kita menyakitkan qarinnya dan kerana itulah suara pedihhh, sakitt berulang kali disebut. Itu tandanya roh dalam keadaan tidak tenteram. Nanti saya perbetulkan,’katanya yang terus memulakan rukyah perubatannya.
Sejak itu, tiada lagi gangguan suara yang muncul dan Lina juga semakin melupakan kejadian seram dialaminya.
Kisah diatas adalah sebuah kisah benar yang menimpa seorang gadis remaja dari utara tanahair yang dimaut di hempap pokok. Kisah ini diceritakan oleh ahli keluarga mangsa untuk berkongsi.
Jangan lupa untuk menonton drama Suri Ram Episod 3, POCONG pada jam 11 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source