1 lagi kematian akibat rabies di Sarawak
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengesan satu lagi kematian disyaki dijangkiti rabies dari bangkai anjing dari Ogos hingga 17 Sept lalu, menjadikan empat kematian akibat rabies dicatatkan dalam tempoh itu.
Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck, berkata kes terbaru melibatkan mangsa yang dipercayai mendapat jangkitan penyakit itu semasa mengendalikan bangkai anjing peliharaannya.
Beliau berkata, tiga kes terdahulu melibatkan seorang mangsa dicakar kucing peliharaan, manakala dua lagi mangsa digigit anjing peliharaan.
“Semua kes ini tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit, dicakar atau mengendalikan bangkai haiwan,” katanya dalam kenyataan.
Secara keseluruhannya, katanya, 15 kes maut akibat rabies dilaporkan di Sarawak tahun ini dan jumlah kematian itu sebahagian daripada 17 kes rabies dilaporkan di negeri itu antara 1 Jan hingga 17 Sept lalu.
Daripada 17 kes itu, beliau berkata, lima kes dari Sibu, Serian (empat), Kuching (tiga), Bintulu (tiga) dan Samarahan (dua).
Ooi berkata, jumlah kes rabies untuk tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 70% berbanding hanya 10 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
“Kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah 72 kes dengan 65 kematian.”
Justeru, orang ramai dinasihat segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat selepas digigit atau dicakar haiwan peliharaan.
“Orang ramai juga dinasihat tidak mengendalikan bangkai haiwan tidak diketahui status jangkitan, termasuk haiwan peliharaan dan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk pengendalian bangkai berkenaan.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source