Ayah Chindian & ibu Siam, ramai tak tahu Neeta Manisha ada darah campuran
Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa penyanyi wanita, Neeta Manisha ada darah campuran sehingga pernah disangka sebagai seorang pembantu kepada neneknya yang berbangsa Cina sewaktu keluar bersama.
Neeta Manisha ada darah campuran
Luahan tersebut dibuat Neeta atau nama sebenarnya, Neeta Manishaa Manogaran, 29 di aplikasi X baru-baru ini.
Ayah Chindian & ibu Siam
Dia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang pelbagai latar belakang memandangkan ibu bapanya berkahwin campur. Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak menjadikan perkara tersebut sebagai satu keistimewaan buat dirinya.
“Ayah saya Chindian, ibu saya Siam. Nenek saya pula Cina… sehingga ada yang tersalah anggap saya ini pembantu apabila berjalan dengannya di pasaraya.
“Semua orang adalah keluarga saya sama ada bercampur atau berbeza agama. Saya tak cakap pun ia istimewa, ramai je campuran macam saya,” katanya.
Hormat semua agama dan budaya
Meskipun memiliki darah campuran, ia sama sekali bukan penghalang untuknya berkawan dengan pelbagai bangsa dan sudah diajar sejak kecil lagi untuk saling menghormati sesiapa pun tanpa mengira agama, bangsa serta budaya seseorang.
Tambahnya, walaupun tidak mempunyai identiti sebagai seorang Muslim dan pastinya bukan mengamalkan ajaran Islam, Neeta akui sangat berminat untuk mempelajari banyak hal berkaitan semua agama.
Dia juga pernah mempunyai pengalaman memandangkan membesar dalam komuniti yang pelbagai termasuklah menjejakkan kaki ke masjid, kuil dan gereja.
“Saya juga tidak mempunyai identiti sebagai seorang muslim dan tidak mengamalkan Islam. Saya mempunyai minat dalam budaya dan agama yang berbeza dari sejak kecil.
“Saya bersyukur saya dapat melalui segala-galanya yang boleh ditawarkan oleh komuniti sekeliling saya. Pernah ke masjid, kuil dan gereja. Saya menghormati semuanya,” luahnya.
Penjelasan yang dibuat penyanyi lagu Depresi ini susulan daripada ciapannya di aplikasi X yang mengatakan mahu membuat sidang media besar-besaran memandangkan ramai yang salah sangka dengan dirinya kerana berwajah campuran.
Neeta yang terkenal bersama bandnya, IAMNEETA turut melebarkan sayap dalam bidang seni lain apabila pernah tampil mengacara beberapa program televisyen seperti Mbuzz, TikTok Award (backstage) dan Studio Big Stage Musim ketiga.
Dia juga pernah menyertai program Big Stage Musim Kedua dan menjadi naib juara sekali gus membawa pulang RM50,000.
Akan beraksi di pentas Konsert Patah Hati 2.0
Dalam perkembangan lain, Neeta Manis akan menjayakan Konsert Patah Hati 2.0 bersama artis lain iaitu Bunkface, Naim Daniel, Ismail Izzani, Nadeera Zaini dan Aisha Retno pada 23 November ini di Zepp Kuala Lumpur.
Artikel lain: Tiket ‘sold out’ sebelum ini, penganjur kembali dengan Konsert Patah Hati 2.0 pula!
Harga-harga tiket adalah bermula RM185 (Malam Ini Kita Punya), RM269 (Luar Biasa Sakit), RM299 (Purnama) dan RM5,000 (VIP Box).
Untuk early bird, tawaran menarik disediakan iaitu RM179 Free Standing (Malam Ini Kita Punya), RM259 Normal Seating (Luar Biasa Sakit) dan RM285 Premium Seating (Purnama).
Tiket Konsert Patah Hati 2.0 boleh ditempah mulai 6 September jam 5 petang melalui www.ticket2u.com.my.
Sumber: X neetamanis_
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source