Kepada peminat sejarah Britain, mesti korang biasa dengan kisah lagenda kota Camelot dan Raja Arthur, kan?
Kisah lagenda ini begitu popular sehinggalah ia menjadi sumber untuk menghasilkan filem atau drama seperti King Arthur: Legend of The Sword (2017), dan Arthur and Merlin: Knights of Camelot (2020). Kalau saya, drama bersiri Merlin (2008) adalah drama pilihan, mengisahkan kembara Arthur dan ahli sihir bernama Merlin.
Untuk trivia ini, saya ceritakan tentang kisah lagenda Raja Arthur ini. Arthur adalah anak luar nikah hasil hubungan ayahnya Raja Uther dan Permaisuri Ygern dari Cornwell. Raja Uther ketika itu pemerintah kota Camelot.
Semasa Arthur mencapai fasa dewasa, ayahandanya mencabar kepada sesiapa yang berani mencabut pedang yang tertusuk di batu sbesar itu. Siapa yang berjaya lakukan, dialah pemerintah Camelot seterusnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Ramai kesatria mencuba untuk cabutkan pedang tersebut tapi tidak berjaya. Sampai giliran Arthur, dia berjaya mencabut pedang tersebut. Maka, Arthur dilantik menjadi raja baru menggantikan ayahandanya.
Pedang yang Arthur cabut itu terus menemani sehinggalah rosak semasa bertempur. Dikatakan pedang rosak itu digantikan oleh pedang baru bernama Excalibur, pemberian dari lembaga misteri bernama ‘Lady of The Lake’.
Raja Arthur ialah raja yang adil dan bijaksana, mentadbir kota Camelot dengan baik. Bersama baginda ialah seorang permaisuri yang jelita bernama Guinevere, Baginda juga menubuhkan pasukan kesatira bernama Kesatria Meja Bulat (Kinight of The Round Table).
Pasukan kesatria ini mempunyai kesatria yang terbaik dan bertanggungjawab sebagai penasihat. Antara kesatria yang terkenal dalam kisah lagenda Raja Arthur ialah Lancelot, Percival, dan Galahad.
Pernah pasukan ini ditugaskan untuk mencari Cawan Suci (Holy Grail), iaitu cawan yang pernah digunakan oleh Nabi Isa AS sebelum kematiannya, menurut kepercayaan penganut Kristian.
Keputusan dari misi tersebut ialah hanya tiga orang kesatria saya yang menjayakannya: Galahad, Percival, dan Bors. Mereka telah berjaya menghantar Cawan Suci ke Jerusalem, Palestin.
Pada akhir pemerintahan Raja Arthur, baginda mendapati permaisurinya curang dan melakukan hubungan intim dengan kesatria kepercayaannya, Lancelot. Dalam waktu yang sama, puteranya iaitu Mordred mencabar untuk merampas takhta Camelot. Kemudian tercetusnya perang saudara antara antara ayah dan anak.
Dipendekkan cerita, Raja Arthur akhirnya menang setelah membunuh Mordred. Tapi nasi sudah menjadi bubur, keadaan Camelot begitu menghampakan Arthur.
Baginda kemudian pergi ke sebuah pulau bernama Avalon dan tidur dalam masa yang sangat panjang. Arthur akan bangun jika suatu masa Britain berada dalam keadaan yang terdesak. Inilah pengakhiran kisah lagenda Raja Arthur.
Para sejarawan dan arkeologi Britain sekarang mencari-cari kebenaran Raja Arthur ini. Buat masa sekarang, Raja Arthur dikatakan adalah pahlawan yang menyatukan seluruh warga Britain menghalau penjajah Anglo-Saxon pada tahun 490-an melalui manuskrip History of the Britons yang ditulis oleh paderi Nennius.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source