Sah! Noor Nabila akui bakal bercerai dengan Engku Emran dalam masa terdekat
Usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai.
Noor Nabila bakal bercerai dengan Engku Emran?
Memetik laporan Harian Metro, Nabila memaklumkan Engku Emran telah pun menyatakan hasratnya untuk bercerai selepas keluar dari rumahnya.
Pun begitu, Nabila meluahkan rasa syukur kerana mereka berdua telah berbincang secara baik sebelum membuat keputusan secara terburu-buru.
“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka,”katanya.
Tiada siapa nak kahwin untuk bercerai
Dalam pada itu, dia turut menyatakan segala yang berlaku dalam rumah tangga yang dibina sejak 2021 adalah percaturan jodoh yang telah ditetapkan.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata juga mengimpikan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia serta berpanjangan.
“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan.
“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga,”luahnya.
Tak mampu jadi pasangan saling berkorban, saling ada
Nabila bagaimanapun enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapinya, sebaliknya memaklumkan mengenai hal berkaitan selain menjadikan ia sebagai pengajaran buat diri sendiri.
“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” kata Nabila.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga pasangan ini telah retak dan hanya menanti belah sahaja.
Ia berikutan ada sumber mengatakan pasangan ini sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian.
Artikel lain: Sudah tidak tinggal sebumbung, Noor Nabila & Engku Emran bercerai?
Artikel lain: Media Indonesia laporkan berita Engku Emran & Nabila bercerai?
Artikel lain: “Dorang tak bercerai lah”- Netizen sahkan Noor Nabila masih sebumbung dengan Engku Emran
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum ini, Engku Emran pernah berkahwin dengan aktres jelitam Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleeysa.
Malah, dia juga pernah berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017, namun tidak berkekalan dan dilaporkan berpisah pada 2020.
Sementara itu, Nabila juga pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang zuriat, Jebat Jayden.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source