“Syurga Tempat Mu..”-Tragedi Budak 8 Tahun Meninggal Ketika Ambil Wuduk, Undang Pilu!
Anak terlebih peramah atau talkative adakalanya membuatkan ibu bertambah pening. Pening dengan pelbagai persoalan tanpa henti yang membuatkan ibu hilang kata-kata untuk menjawab. Hal ini sebenarnya amat baik untuk perkembangan anak kita.
Jadi mak ayah jangan buat tidak peduli, bantulah anak untuk kembangkanlah pemikirannya.
Menurut Pn Noor Asyikin Ahmad yang berpengalaman lebih 14 tahun sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak, anak-anak talkative yang banyak bertanya seharusnya tidak dibiarkan tanpa jawapan. Jawablah, kerana ini yang terbaik untuk perkembangan anak kita.
Istilah talkative memberi maksud ‘peramah’ suka atau gemar bercakap. Ibu bapa mungkin pernah berhadapan dengan situasi anak yang banyak bercakap dan bertanyakan pelbagai soalan tanpa henti. Dari satu soalan, kemudian kepada soalan dan seterusnya kepada soalan yang lain. Apa? Kenapa? Bagaimana? Di mana? dan Siapa?
Contoh: “Ibu kenapa bunga merah?” “Kenapa tanam di sini?” “Ibu kenapa mesti mandi?” “Kenapa ibu tak mandi?”.
Mengapa kanak-kanak talkative bertanya banyak soalan?
Menurut pakar, kanak-kanak yang aktif atau banyak bercakap mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Mereka berada di dalam dunia dewasa di mana mereka memerlukan maklumat setiap hari dan kadangkala pertanyaan mereka itu sebenarnya menunjukkan mereka keliru apa yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri. Lalu mereka akan terdorong untuk mengetahui sesuatu perkara.
Komunikasi jadi bertambah baik
Anak talkative lebih dilihat daripada sudut positif bila mana ibu bapa dapat membantu mereka memahami mana yang betul dan mana yang salah. Ini berlaku apabila ibu bapa berhadapan dengan situasi anak talkative, mereka mendengar, memberi idea atau respon setiap pertanyaan anak-anak ke arah kebaikan.
Anak-anak talkative juga mampu memberi kesan yang positif untuk komunikasi dan membuatkan perhubungan dan ‘bonding’ antara ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih positif.
Kanak-kanak talkative juga sentiasa bertenaga dan bersemangat, ibu bapa harus pandai menyalurkan tenaga dan semangat anak-anak dengan cara yang betul. Dengan ini ia dapat membantu mereka untuk pelbagaikan sesuatu yang baru.
Contohnya seperti mencipta satu hobi yang baru kepada anak-anak seperti mewarna, melukis dan membuat aktiviti kolaj dan sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling. Kepetahan bercakap dan mengutarakan soalan petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka.
Mereka akan lebih kreative dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan banyak pertanyaan dan persoalan sebelum mencuba dan mencari jalan penyelesaian. Semua ini bermula dengan sifat ingin tahu serta gemar bercakap dan mengutarakan soalan.
Selain itu juga, kanak-kanak yang talkative mampu menambah perbendaharaan kata. Contohnya bayi berumur 12 bulan masih tidak mampu bercakap dengan banyak, tetapi mereka mampu untuk memahami sehingga 60 perkataan dalam tempoh sehingga 18 bulan.
Perkembangan bahasa mereka berlaku dengan drastik. Oleh itu ibu bapa perlu bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya, maka makin banyak bercakap atau bertanya, makin banyaklah mereka tahu dan belajar.
Namun demikian baik tetap ada ada buruknya. Melayan anak-anak bercakap memang boleh menjadi sukar disebabkan memerlukan ibu bapa mendengar mereka sepanjang masa. Dan kerap terjadi anak-anak akan menyampuk atau mencelah semasa orang dewasa bercakap.
Jadi ibu bapa harus lebih banyak bersabar bila berhadapan dengan situasi anak-anak yang talkative. Jika kita menghalang mereka dari bercakap sesuatu, ada kemungkinan akan wujud jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Selain itu juga kita akan membunuh semangat dan perasaan ingin tahu mereka. Jadi ibu bapa jangan malas menjawab!!
Tahap pemikiran praoperasional menurut Teori Piaget pula berlaku pada tahap umur kanak-kanak mencecah dua tahun sehinggalah usia tujuh tahun.
Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka. Kanak-kanak yang berumur empat tahun boleh menyoal sehingga 437 soalan dalam sehari!.
Sekiranya anak anda berumur 3 hingga 4 tahun, pada peringkat inilah kita boleh kembangkan kemahiran membaca mereka. Telah terbukti bahawa kanak-kanak yang talkative, suka bercerita dan mengada-adakan cerita mereka sendiri menunjukkan mereka suka membaca sesuatu yang baru. Ibu bapa bantulah anak-anak mengembangkan hobi membaca mereka.
Menarik: Ini Vitamin Yang Ibu Hamil Perlu Ambil Demi Kesihatan Ibu & Bayi Dalam Kandungan
Tinggal lagi 3 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
https://www.youtube.com/watch?v=q3W1bj8rcqAhttps://www.youtube.com/watch?v=q3W1bj8rcqA
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source