Siapa Yang Menyebarkan Islam di Bumi Melaka?
Sehingga kini, masih ramai yang tidak tahu siapa yang menyebarkan Islam ke Melaka. Sememangnya ada teori-teori mengatakan Islam datang ke Alam Melayu dari Arab, India, China dan Parsi.
Namun persoalannya teori mana satu yang ada bukti paling kuat?
Hamka kuat berpegang bahawa Islam dibawa dan disebar oleh orang Arab dari Hadramaut dan Makkah terutama dari keturunan Syed.
Catatan China menjadi bukti orang Arab yang bawa Islam ke Nusantara. Pendapat Hamka selari dengan John Crowford, Thomas Arnold, Syed Naquib al-Attas dan C.R Tibbets.
Terdapat juga dokumen-dokumen berkait surat-surat diplomatik antara Khalifah Daulah Umayyah dengan Empayar Sriwijaya yang jelas proses dakwah dah mula sejak abad ketujuh.
Hujah ini dikuatkan lagi dengan gerakan dakwah orang Arab yang sangat agresif ke seluruh dunia termasuk Afrika, Eropah di Andalus, Transoxiana, India dan China pada abad ketujuh, sehingga hampir mustahil Nusantara yang sudah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan Arab terlepas dari gerakan dakwah ini.
Pemerintah Islam Makkah dan Hadramaut dikatakan pernah kirimkan para pendakwah ke Nusantara.
Teori India dari Gujerat dan China walaupun ditolak sepenuhnya, namun ia sangat lemah kerana kedua-dua wilayah itu bermazhab Hanafi, sedangkan orang Melayu bermazhab Syafie.
Malah, hikayat-hikayat di Alam Melayu mengaitkan pengislaman Raja-raja Melayu dengan peranan ulamak dari Arab khususnya yang berketurunan Syed.
Menurut Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam mula disebarkan oleh seorang pendakwah dari Mekah iaitu Syed Abdul Aziz dengan mengislamkan Parameswara lalu menukar namanya kepada Sultan Megat Iskandar Syah.
Babak ni ada ditunjukkan di dalam permulaan filem Isi Neraka kalau korang ingat. Dan diorama ni ada di Muzium Negara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Manakala riwayat dari Pasai mengatakan Parameswara yang memeluk Islam melalui perkahwinan dengan Puteri Perlak.
Kedatangan Islam di Melaka amat disambut baik oleh rakyat Melaka kerana ajaran Islam yang syumul memberikan faedah-faedah yang berpanjangan dalam kehidupan mereka.
Oleh: Azizul Farhan
___
Banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa dalam sejarah Islam yang kita tak tau pun pernah berlaku seperti dakwah Islamiyyah yang berlaku di zaman selepas kewafatan Rasulullah (saw). Nak tau lebih lanjut? Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM segera!
https://bit.ly/ktislam
Buat sementara waktu ni korang boleh borong buku buku kami dulu di yang dijual dengan potongan RM 10 sempena ULANG TAHUN KE-11 THE PATRIOTS di https://thepatriots.store/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source