Tahniah! Akhiri zaman duda, Noh Salleh kini suami Fatin Athira
Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat ‘akhiri’ zaman duda selepas bergelar suami kepada Fatin Athira Mustapa, 30, hari ini.
Noh Salleh akhiri zaman duda
Berita gembira itu dikongsikan oleh pemilik nama Mohammad Noh Salleh menerusi hantaran di media sosialnya sebentar tadi.
Difahamkan, Noh dan pasangan dinikahkan di sebuah majlis yang diadakan di sebuah lokasi terletak di Tanjung Malim, Perak pagi tadi.
“Athira & Noh. 23rd Sept 2023,”tulisnya ringkas.
Artikel lain: Tahniah! Noh Salleh bakal tamat zaman duda 23 September ini
Sebelum ini, Noh berkongsi sebuah gambar set persalinan baju kahwinnya di platform Instagram yang sekaligus menjelaskan kebenaran khabar angin selepas tersebarnya kad undangan majlis perkahwinannya sejak Ogos lepas.
Alhamdulillah, tahniah!
Rata-rata warganet turut tumpang gembira dan tidak henti meninggalkan ucapan tahniah kepada Noh Salleh dan pasangan.
Mereka turut mendoakan agar ikatan perkahwinan pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Difahamkan, pasangan itu akan mengadakan majlis resepi pada malam ini di lokasi yang sama.
Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Bagaimanapun pasangan ini tidak dikurniakan zuriat namun membuat keputusan untuk memiliki seorang anak angkat bernama Musa.
Pasangan selebriti ini dilaporkan bercerai pada Ogos tahun lalu dan Mizz Nina juga kini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya.
Sumber: FB Noh Salleh
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source