“Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun”-Ibu Ni Kongsi Kisah Gara-gara Anak Main Games Di Telefon, Jadikan Pengajaran!
PKP yang panjang ini sememangnya menambahkan keakraban ahli keluarga, tidak terkecuali juga yang mengambil kesempatan untuk sama-sama melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk keluarga.
Sebelum kembali untuk menjalani penggambaran drama semula, pelakon Fasya Sandha mengambil kesempatan untuk menggunakan masa yang anda sepanjang PKP ini untuk menyiapkan bilik anak-anaknya.
Kongsi Fasha melalu sebuah video yang dikongsikannya di Instagram, berkat kerjasamanya dan suami, bilik impian anak dapat direalisasikan mereka berdua sebaiknya. Hasilnya memang membanggakan malah anak-anak amat menyukainya.
Kata Fasha lagi, dia berbangga dapat menyiapkannya semuanya sendiri. Penat tapi berbaloi bila melihat hasilnya dan paling penting anak-anak pun turut sama menyukainya.
“Project PKP 2.0. Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya.
“Penat tapi berbaloi,”kongsinya.
Kata Fasha, bukan hanya bilik anak-anaknya malah turut menyiapkan sebuah bilik kucing agar kucing-kucingnya lebih selesa.
Cantik dan selesa.
“Dapat siapkan bilik anak-anak dan bilik kucing-kucing. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru.
“Jom siapa yang dirumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha,”tulisnya lagi.
Sememangnya bilik yang disiapkan oleh Fasha dan Aidil itu cukup selesa malah penuh dengan lampu-lampu untuk menerangi bilik anak-anak. Teruja melihat anak perempuan Fasha, Jemyma yang berkongsi penghargaannya buat ibu.
“Thanks you mommy for deco this,” kata Jemyma pada ibunya.
Pastinya satu kebahagiaan bila mana apa yang kita usahakan pada anak dihargai malah disukai anak-anak.
Terdahulu Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aisya Amaira yang kini berusia enam bulan. Melalui perkahwinan terdahunya, Fasha turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Artikel berkaitan: Penat Tau Jadi Cikgu Kat Rumah, Fasha Sandha Kongsi Rutin Dengan Anak, Harap Covid 19 Cepat Berakhir
Doktor Cakap Dah Boleh Makan, Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source