Tuntutan Sulu akan tamat selepas award timbang tara dibatal, kata Azalina
PETALING JAYA: Pertikaian sejak sekian lama berkait tuntutan Sulu akan berakhir apabila Malaysia memperoleh pembatalan award timbang tara terhadap pihak mendakwa waris kesultanan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Azalina berkata, Malaysia dalam proses mendapatkan pembatalan itu di Mahkamah Rayuan Paris.
“Dengan pembatalan ini, asas tuntutan tidak lagi wujud, dan pertikaian sejak sekian lama terhadap kerajaan akan tamat,” katanya dalam ucapan di persidangan timbang tara antarabangsa di London, hari ini.
“Ini bukan saja berkepentingan untuk Malaysia malah negara lain, masyarakat timbang tara antarabangsa, perniagaan, pelabur dan pembiaya litigasi pihak ketiga,” katanya.
Pihak mendakwa waris Sulu memperoleh award timbang tara mengarahkan Malaysia membayar hampir USD15 bilion. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Paris pada Jun memutuskan mahkamah timbang tara berkenaan tiada bidang kuasa dalam kes itu.
Azalina berkata, keputusan ini membayangkan Mahkamah Rayuan Paris seterusnya akan membatalkan award itu.
Penuntut Sulu mengemukakan tuntutan selepas Malaysia menghentikan bayaran tahunan sebanyak RM5,300 pada 2013, susulan pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.
Firma perundangan di London yang mewakili sembilan individu berpangkalan di Filipina, memfailkan beberapa siri tuntutan perundangan terhadap kerajaan susulan tuntutan USD15 bilion diperoleh terhadap Malaysia yang didakwa diperoleh menerusi timbang tara Sepanyol.
Malaysia mencabar perintah timbang tara itu di Perancis dan Sepanyol, sebelum mahkamah Perancis membenarkan penangguhan pembayaran award itu sehingga keputusan diperoleh berhubung tuntutan Malaysia bahawa perintah berkenaan mencabar kedaulatannya terhadap Sabah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source