“Saya dah turun, dia tak nak datang!”- Akmal Nasir kesal ‘disidai’ pemaju projek perumahan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrulllah Mohd Nasir meluahkan rasa kesal terhadap sikap pemaju, lebih-lebih lagi apabila beliau ‘disidai’ ketika turun padang ke kawasan projek perumahan tergendala di Morib, Banting, Selangor pada Jumaat lalu.
Akmal Nasir kesal ‘disidai’ pemaju
Menerusi hantaran dibuat Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru di laman Facebook, kehadirannya ke kawasan tapak projek perumahan tergendala tersebut sudah diketahui oleh pihak atasan pemaju berkenaan.
Bagaimanapun, mereka hanya menghantar wakil untuk berbincang dengan beliau.
“Mana dia (bos pemaju)? Dah tahu Timbalan Menteri nak turun, takkan tak ada pula? Meeting apa? Memang saya nak tahu meeting apa? Kalau betul meeting tu penting, saya akan berlaku adil,” soal Akmal.
Mengulas lanjut, Akmal berkata, pemaju bukannya tidak mengetahui bahawa projek yang dikendalikan berdepan beberapa isu yang perlu diselesaikan.
“Projek ni, bukannya dia tak tahu tiada masalah. Mana hilangnya owner (pemaju)? Macam mana pembeli nak harapkan rumah ni boleh siap? Projek ni antara yang dia ada, yang paling banyak masalah.
“Sepatutnya bos tu kena turun. Tapi sekarang, saya datang, sebagai Timbalan Menteri.. seberapa banyak yang kamu (pemaju) perlukan untuk menyiapkan projek ini? Saya dah turun, dia tak nak datang!,” ujarnya.
Kesal, buang masa bawa wakil lain selesaikan masalah
Beliau berkata, sikap yang dibuat oleh pemaju berkenaan jelas menunjukkan banyak pihak telah membazir masa termasuk dirinya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Hasil turun padang juga mendapati pihak pemaju berdepan dengan masalah kewangan, tidak seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
“Tiada jawapan? (peruntukan yang diperlukan). Kemudian, memang kita buang masa (turun padang). Saya bawa segala kekuatan yang ada, nak cari jalan penyelesaian tapi pemaju tiada komitmen,” katanya lagi.
Akmal Nasir minta wakil pemaju telefon bos
Tambahnya, pihaknya telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi mempermudahkan masalah jaminan liabiliti daripada bank dan Air Selangor.
Malah, Akmal turut membawa pihak Majlis Perbandaran untuk berbincang bersama pemaju.
“Kalau ada teguran kita bagi maklum balas dengan cepat. Tapi boleh ke sekarang ini kamu menelefon bos? Saya beri masa selama sepuluh minit sahaja.
“Kekangan adalah soal BG (Bank Guarantee) oleh Air Selangor. Kemudian meminta dan merayu. Saya beritahu kepada YAB Menteri Besar Selangor minta pertimbangkan supaya dalam isu ini kita permudahkan dan perkara itu sudah diturunkan separuh.
“Kalau ada masalah dengan Majlis Perbandaran, saya panggil. Kalau ada masalah dengan syarikat Air Selangor,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, kerajaan Selangor bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan bahawa isu tersebut membabitkan lebih 500 pembeli Rumah Selangorku di Morib.
Pada Julai lalu, Menteri Besar Selangor juga berkata, projek berkenaan sedang diteliti oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta sudah mendapat perhatian KPKT bagi penyelesaian bersama.
Untuk pengetahun, projek perumahan Rumah Selangorku bagi golongan B40 di Morib sepatutnya siap pada 2020, namun sehingga kini masih belum boleh diduduki. Rata-rata pembeli juga sudah membuat bayaran ansuran pinjaman antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada bank sejak 2019.
Sumber: FB Akmal Nasir , BH Online (Ruwaida Md Zain)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source