NFT Sekarang Dah Tak Laku?
Ingat lagi tak 2 tahun lalu ketika semua orang duduk di rumah akibat pandemik, muncul satu trend manusia mengumpulkan seni-seni digital melalui NFT?
Menurut laporan terbaharu oleh dappGambl, seorang penganalisis NFT, 69,795 daripada 73,257 koleksi NFT kini bernilai sekadar 0 Ether.
95% atau sekitar 23 juta orang daripada mereka yang memegang koleksi NFT tersebut dianggap melakukan pelaburan yang langsung takde nilai.
Untuk yang tak tahu, non-fungible token (NFT) ialah satu bentuk aset kripto yang digunakan untuk sahkan pemilikan dan ketulenan fail digital termasuklah dalam bentuk imej, video atau teks.
Tadi kita cerita yang ada orang beli, yang tak ada orang beli pulak lain halnya.
Kini, 79% daripada semua koleksi NFT kekal tak terjual. Antara salah satu faktornya ialah tak ada demand yang cukup sampaikan NFT ni dianggap sebagai “pasaran yang sangat spekulatif dan tak menentu”.
Analisis aset-aset NFT mendapati bahawa 18% daripada koleksi terkenal ni ada harga lantai sifar dan tak bernilai.
Kita nampak sendiri yang ni merupakan perubahan yang sangat ketara dari tahun 2021 apabila NFT masa tu menguasai pasaran dengan nilai $22 bilion.
Laporan ni jugak menjangkakan bilangan koleksi aset-aset NFT yang akan mati akan bertambah sepanjang masa.
Walaupun begitu, laporan ni jugak ada sebut NFT mungkin masih ada nilai di masa hadapan.
Mungkin ada yang berpendapat ini ialah saat yang tepat untuk membeli NFT di saat harganya yang sedang jatuh. Mana tau nanti harga dia naik balik. Tapi jangan letak harapan tinggi la.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bersempena Ulang Tahun Penubuhan The Patriots yang ke-11, jangan lepaskan peluang untuk beli buku-buku kami seperti PSYCHOLOGY OF MONEY dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER ni. Klik https://bit.ly/bukuthepatriots
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source