Resipi Keledek Goreng Rangup, Bila Dah ‘Start’ Makan, Tak Sedar Habis Sepinggan
Setiap apa yang berlaku semuanya dah ketentuan Allah. Ajal, maut jadi rahsia-Nya. Sama juga situasinya kepada pasangan suami isteri ini apabila anak lelaki yang ditunggu selama tiga tahun setelah dikurniakan dua anak perempuan dijemput ilahi pada 3 Ogos lalu.
Menerusi laporan Metro, menurut Aisyah Abdul Aziz, selama tiga tahun dia dan suami, Azrai Ramly menanti kehadiran anak lelaki dan doa mereka termakbul apabila dikurniakan bayi diberi nama Aariz Nuh pada 13 Februari lalu.
Kehadiran Aariz memberi sinar dalam kehidupan mereka namun yang terindah hanya sementara apabila anak bongsu mereka itu dijemput Ilahi pada 3 Ogos lalu ketika berusia lima bulan.
Aariz meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari selepas dihantar ke sebuah taska dan punca kematian masih belum diketahui kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.
Lebih menyedihkan apabila Aariz pergi seminggu sebelum bapanya, Azrai menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, 10 Ogos lalu.
@hani.aisya Kenangan terindah kami… Rindu tiada penghujung…. Aariz Nuh adik.. sayang.. Lagi 10 hari adik nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik… #alfatihah #03082022 ♬ Sholawat Jibril – Nada Langit
Kisah meruntun hati itu mendapat perhatian netizen selepas Aisyah, 33, memuat naik video di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Menerusi video itu, kelihatan Aisyah memangku Aariz yang dibaluti kain batik dalam keadaan tidak bernyawa.
Berkongsi kisah sebenar, Aisyah berkata, video itu dimuat naik sebagai kenangan dan untuk melepaskan rindu terhadap anaknya.
“Orang yang datang ziarah di rumah mungkin nampak saya kuat namun saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan rindu pada anak.
“Jadi, perkongsian di TikTok itu sahaja cara untuk meluahkan apa yang terpendam kerana hendak meratap tidak boleh, nak menangis pula sampai bila?
“Tak sangka ramai yang menonton termasuk perkongsian video suami, malah ramai yang mendoakan dan itu (doa) membuatkan saya bangkit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menceritakan apa yang berlaku, Aisyah berkata, pagi hari kejadian, suaminya menghantar Aariz ke taska sebelum ke tempat kerja.
Katanya, pada jam 12.05 tengah hari, dia menerima panggilan daripada pihak taska memaklumkan anaknya berada di sebuah hospital swasta, di sini.
“Saya datang bersama suami dan setibanya di hospital, kami nampak doktor dan jururawat ada di sisi Aariz sebelum memberitahu yang anak kami sudah tiada.
“Saya terus peluk suami ketika itu dan sedih sangat hingga tertanya-tanya mengapa Aariz boleh meninggal dunia sedangkan saya sudah menghantarnya ke tempat yang terbaik tetapi tenang semula selepas mengenangkan Rasulullah yang juga diuji dengan kematian anak Baginda.
“Lagipun Aariz sudah pasti di syurga, jadi ia hadiah buat kami sekeluarga apabila tahu dia di tempat yang baik di sisi yang Esa,” katanya.
Aisyah berkata, anak sulungnya, Afea Naela, 6, yang paling terkesan dengan pemergian Aariz.
“Sebelum adanya Aariz, saya sudah ada dua cahaya mata perempuan dan tidak kisah jika dapat lagi yang sama (anak perempuan).
“Bagaimanapun anak perempuan saya berdoa supaya dapat adik lelaki malah dia yang paling teruja sejak hari pertama Aariz dilahirkan.
“Sejak Aariz pergi, hampir setiap malam Afea menangis dan cium bantal adiknya kerana rindu,” katanya.
Lagi 10 hari Aariz nak rasa makanan pertamanya
Sementara itu, di akaun TikTok hani.aisya, Aisyah memberitahu pihak taska menghubunginya dan memaklumkan bahawa anak lelakinya itu meninggal dunia ketika tidur.
Menurutnya, dia terkilan kerana anak bongsunya, Aariz Nuh sepatutnya dapat merasai makanan pertamanya dalam masa 10 hari lagi, namun telah dijemput ajal.
Masa ni langkah kaki macam melayang, hati mama kosong…lagi 10 hari nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik.
Simpati dengan apa yang berlaku, ramai yang menitipkan kata-kata semangat dan doa buat ibu ini dan percaya Aariz dah bahagia di sana dan ini juga tiket untuk ibu ayahnya ke syurga.
Sumber: Metro & Tiktok @hani.aisya
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source