Disangka tidak bayar cendol, rupa-rupanya Almera terlibat kes langgar lari
Baru-baru ini, tular satu klip video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Nissan Almera di kawasan Batu Caves.
Menerusi hantaran yang dimuat naik X @AsalGombak, insiden tersebut berpunca gara-gara sekumpulan remaja didakwa melarikan diri daripada membayar cendol yang dimakan.
Namun begitu, perkembangan terbaru mengatakan punca sebenar kereta tersebut memandu secara melulu adalah disebabkan melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal dan beberapa kenderaan di lampu isyarat.
AKSI KEJAR MENGEJAR DI BATU CAVES
Satu kekecohan berlaku tengah hari tadi di Batu Caves apabila sekumpulan remaja yang menaiki sebuah kereta dikatakan lari dari membayar cendol kemudian mereka dikejar oleh sekumpulan penunggang motorsikal.
🎥 Telegram Asal Gombak pic.twitter.com/tDNyYA7yWv
— Asal Gombak (@AsalGombak) September 27, 2023
Memetik laporan Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 2.05 petang.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta jenis Nissan Almera.
“Suspek melanggar bahagian sisi sebelah kiri motosikal jenis Yamaha LC135 seterusnya melanggar bahagian kiri sebuah Proton Saga,” katanya.
Menurut Sarifudin, sehingga kini pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source