A Plague Tale Mengkritik Gereja
Kalau korang nak menyelam ke dunia Black Death abad ke-14, game “A Plague Tale: Innocence” ada jawapannya. Kengerian wabak penyakit dan lautan tikus menanti korang!
Korang akan memainkan watak Amicia de Rune, seorang remaja perempuan yang lahir dari keluarga bangsawan de Rune. Ia berlatarbelakang Perancis pada abad ke-14. Pada masa itu, Kristian Roman Katolik telah menubuhkan Inquisition untuk menghukum sesiapa sahaja yang dimusuhi gereja.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Setelah peristiwa Inquisition menceroboh rumah dan membunuh ayahnya, Amicia terpaksa melarikan diri sambil membawa Hugo, adik kecilnya yang baru berusia 5 tahun. Bermulalah pengembaraan mereka merentasi tanah padang jarak padang tekukur yang musnah akibat wabak dan peperangan.
Storyline ini mengingatkan kita kepada peranan gereja semasa Black Death yang pernah melanda Eropah. Apabila wabak bubonic plague mula tular pada tahun 1353, ia meragut 75 ke 200 juta nyawa. Hampir separuh populasi Eropah terkorban. Ketika ini, rakyat mengetuk pintu gereja bagi meminta jawapan.
Gereja berusaha menawarkan khidmat mereka. Namun, gereja gagal menawarkan penyelesaian. 40% paderi maut semasa bercampur dengan masyarakat dan melakukan aktiviti keagamaan. Kerana ini, kepercayaan orang ramai kepada gereja semakin turun mendadak.
Apatah lagi, gereja telah meminta sokongan kewangan yang lebih dari kerajaan tanpa mampu menyelesaikan permasalahan. Sesetengah paderi ambil kesempatan ini untuk menimbun kekayaan dengan menawarkan upacara keagamaan eksklusif kepada keluarga kaya.
A Plague Tale: Innocence memberikan peluang untuk kita kembali ke masa silam dan mengimbau kesengsaraan yang pernah dialami Eropah, apabila agama tidak menjadi jalan keluar tetapi tunggangan agamawan.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source