Kenapa Indonesia Ban Tiktok Shop?
Tiktok Shop terpaksa hadap tamparan hebat bila Indonesia menjadi negara terbaharu yang ban aplikasi tersebut selepas India.
Alasan kerajaan Indonesia menyekat Tiktok Shop adalah kerana platform media sosial dan platform e-dagang tidak boleh digabungkan untuk mencegah penggunaan data peribadi.
Langkah ni dibuat oleh kerajaan Indonesia berkuat kuasa serta-merta bertujuan untuk melindungi peniaga luar talian. Platform ni jugak dikatakan mengancam perusahaan kecil dan sederhana.
Langkah ni dibuat tak sampai 3 bulan selepas TikTok janji nak labur berbilion dolar di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia untuk membina platform e-dagang TikTok Shop.
Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan maklumkan bahawa peraturan ni bertujuan memastikan persaingan perniagaan yang adil dan saksama serta memastikan melindungi data pengguna.
Pasaran e-dagang Indonesia dah lama dikuasai oleh syarikat teknologi tempatan seperti GoTo dan Tokopedia. Malah Shopee dan Lazada dah lama memonopoli pasaran e-dagang Indonesia.
Tetapi peraturan baru ni turut mengenakan caj transaksi import minimum sebanyak AS$100 ke atas barangan yang dibeli dari luar negara.
Walaupun sekatan ni menimbulkan kekecewaan pembeli, beberapa penjual kedai fizikal seperti di Pasar Tanah Abang di Indonesia meraikan langkah ni. Mereka merasakan keberadaan Tiktok Shop seperti menutup periuk nasi mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Berkemungkinan Tiktok Shop akan berdiri sebagai aplikasi berbeza di luar aplikasi Tiktok untuk pasaran Indonesia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Adakah ni satu langkah mundur untuk Indonesia atau penyelamat kepada penjual luar talian di sana? Bersempena Ulang Tahun Penubuhan The Patriots yang ke-11, dapatkan buku-buku kami seperti PSYCHOLOGY OF MONEY dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER ni. Klik https://bit.ly/bukuthepatriots
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source