Rupanya pemandu e-hailing OKU pendengaran, wanita dakwa ‘dilarikan’ tarik laporan
PETALING JAYA: Seorang wanita bertindak “terjun” dari kenderaan e-hailing kerana bimbang “dilarikan” menarik balik laporan polis selepas mengetahui pemandunya merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian pada 27 Sept lalu berlaku salah faham apabila wanita bekerja sebagai pramusaji duduk di bahagian penumpang belakang lalu menanyakan kepada lelaki itu untuk membuat pembayaran tunai, namun tidak dijawab.
Katanya, wanita berkenaan semakin tidak senang apabila pemandu itu kerap melihatnya melalui cermin pandang belakang.
“Bimbang keselamatannya, pengadu bertindak turun dari kereta semasa kenderaan bergerak perlahan. Pengadu tidak alami kecederaan,” katanya menurut Harian Metro sambil menyatakan wanita terbabit membuat tempahan e-hailing di LRT Glenmarie, pada 9.30 pagi kejadian.
Menurutnya, semakan mendapati lelaki yang memandu Perodua Axia itu bekerja sebagai pemandu e-hailing bermula 26 Sept lalu dan pengadu adalah pelanggan ketiganya pada hari kejadian.
“Pemandu itu juga menjelaskan tersalah jalan disebabkan masih baru dan cuba membuat pusingan U di Jalan Temasya, Glenmarie, pada masa yang sama pengadu membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaannya.
“Dia kemudiannya meneruskan perjalanan kerana ada permintaan pelanggan lain,” katanya.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana berlaku salah faham, selain laporan polis ditarik balik selepas mengetahui keadaan sebenar.
Semalam dilaporkan, seorang wanita berdepan detik cemas selepas mendakwa ‘dilarikan’ pemandu e-hailing.
Pengusaha katering, Ayuni Dean, 44, mendakwa kejadian itu berlaku pada Rabu lalu ketika pekerjanya dalam perjalanan ke tempat acara di Glenmarie, Shah Alam.
Pekerjanya yang dipanggil Neera menghubunginya meminta bantuan selepas “terjun” dari kereta berkenaan dan berlari menyelamatkan diri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source