Anak arwah Hamid Gurkha tuntut RM10,000 daripada pihak Astro
Ahli keluarga pelawak veteran, Allahyarham Hamid Gurkha telah menuntut RM10,000 daripada pihak Astro selepas tertunggak sejak tahun lalu sehingga sekarang.
Anak arwah Hamid Gurkha tuntut tunggakan wang
Memetik laporan dari Harian Metro, anak ketujuh allahyarham, Nor Azian memaklumkan bapanya telah menerima Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu serta menerima wang berjumlah RM10,000.
Sebulan selepas itu, bapa meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Sebenarnya selepas program itu berakhir, kami tunggu duit masuk tapi sehinggalah dia meninggal dunia pun tiada juga. Kami pun macam dah terlupa berkenaan duit itu.
“Kemudian emak ingatkan hal ini dan saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.
“Saya berhubung dengan wakil produksi bernama Lala yang banyak membantu. Saya bagi dokumen ini yang diserahkan kepada Jabatan Kewangan dan Undang-Undang, tapi selepas itu mereka diam saja,” katanya.
Anak arwah Hamid Gurkha nak beri duit tu pada emak
Disebabkan kurang berpuas hati, Azian telah menghubungi pihak tersebut dan memaklumkan yang wang berkenaan perlu difaraidkan kerana telah menjadi pusaka.
“Saya tanya mereka apa perlu kami buat dan mereka kata mahukan surat. Sebenarnya kami dah berbincang adik-beradik dan bercadang nak beri wang ini sepenuhnya kepada emak sebagai tanda kasih sayang.
“Kami tak bercadang nak ambil duit itu dan buat surat kasih sayang mengatakan nak beri kepada emak.
Selepas buat dan hantar, mereka diam juga.
“Kemudian Jabatan Undang-Undang beritahu Lala, dokumen ini tak diterima kerana tiada pengesahan mahkamah. Saya seterusnya rujuk kepada pejabat agama dan tanya apa yang perlu dibuat dalam tuntutan faraid,” katanya.
Proses faraid tak susah, cuma pihak bertanggungjawab gagal dihubungi
Ujarnya, perkara tersebut tidaklah begitu sukar kerana proses berkenaan dipersetujui oleh adik beradik yang lain.
“Kemudian mereka sekali lagi kata kena ambil peguam pula. Bagi saya, takkan perkara ini nak kena guna peguam. Agak rumit nak bayar peguam lagi sedangkan wang yang dituntut cuma RM10,000. Kakitangan mahkamah yang kami jumpa pun tak galakkan kami guna peguam dan minta kami angkat sumpah.
“Saya dah ambil nama adik beradik, manakala kakak kedua uruskan angkat sumpah kerana yang sulung dah meninggal dunia. Jadi dia uruskan hantar kepada mereka,” katanya.
Namun, masalah menjadi rumit apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidak dapat dihubungi sejak minggu lalu.
“Saya masih tunggu keputusan ini sekarang. Kasihan dengan mak dan arwah bapa kerana perkara yang tak selesai ini. Emak sampai bertanya ada atau tiada? Kalau tiada cakaplah tiada, tak payahlah kita nak pening-pening.
“Emak dah lebih 80 tahun, jadi banyaklah dia fikir nak guna duit itu untuk buat kenduri dan sebagainya. Bukan nak cakap Astro tak nak bayar, tapi kalau boleh, kami minta percepatkan proses itu.
“Kami bukan nak doa, tapi berapa lama lagi dia nak hidup. Entah sempat atau tidak dia nak rasa duit itu. Kalau dia tiada lagi susah nak selesaikan benda ini,” katanya.
Artikel lain: Pelawak senior, Hamid Gurkha meninggal dunia jam 2.11 petang tadi
Walau bagaimanapun, jika perkara tersebut perlu melibatkan peguam, mereka mengambil keputusan untuk melepaskan sahaja memandangkan mereka bukan orang berada untuk mendapatkan khidmat peguam demi menyelesaikan hal tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh memaklumkan yang pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pasukan AME serta penerbit dan akan memberikan penjelasan dalam masa terdekat.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source