Cara Mudah Buat Roti Jala Berinti Keju & Kentang Yang Lazat
Sayur brokoli ni memang jarang ada dalam menu masakan Melayu. Brokoli ni banyak dalam sajian Barat dan Oriental.
Hidangan yang mengandungi brokoli ni memang memberikan rasa lazatnya tersendiri, tetapi yang paling mengujakan ia banyak mengandungi khasat. Ia dipercayai boleh menghindari penyakit kanser dan jantung serta banyak khasiat lain.
Bolehlah dicuba nanti.
1. ROTI BAKAR BROKOLI DAN KENTANG LECEK PEDAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A (KENTANG LECEK):
- 340gm kentang
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh emping cili (lebihkan jika suka pedas)
- Air untuk merebus secukupnya
BAHAN B (BROKOLI BAKAR):
- 100gm-150gm brokoli | potong kasar
- 8 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan jus lemon
- 10-20gm keju parmesan | lebihkan jika suka
- Garam dan serbuk lada hitam cukup rasa
BAHAN ROTI BAKAR:
- 4-5 keping roti putih
- 2-3 sudu makan mentega
- 5-6 biji cili Thai
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kentang lenyek; Buang kulit dan rebus kentang lebih kurang 20-25 minit hingga empuk.
2. Toskan airnya dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Lecek kentang hingga halus.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan emping cili. Ketepikan.
4. Untuk membuat brokoli bakar; Panaskan oven dengan suhu 200˚C.
1. Satukan semua bahan B, gaul sekata dan ratakan di dalam dulang pembakar.
2. Bakar selama lebih kurang 15 minit hingga perang dan lembut. Keluarkan dan ketepikan.
3. Untuk membuat roti bakar; Sapukan mentega pada permukaan atas dan bawah roti.
1. Bakar pada suhu 200 ˚ C lebih kurang 5 minit hingga sedikit perang.
2. Roti dipotong dua dan ratakan kentang lecek pada permukaan atas roti, susun brokoli bakar tadi dan taburkan sedikit keju parmesan.
3. Potong cili Thai dan taburkan sedikit di atasnya.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Cili Thai adalah pilihan sekiranya anda suka pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM15
2. BROCCOLI PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
- 230gm brokoli | cincang
- 1 biji telur
- 65gm tepung gandum
- 30gm keju parmesan parut
- ½ sudu teh garam
- Serbuk lada hitam cukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya.
3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju parmesan
Jenis masakan : Lempeng
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM15
3. BROCCOLI MOZZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu makan madu
- 60gm brokoli | potong kasar
- 60gm keju mozzarela | parut kasar
- 1 biji telur
- 160ml susu segar
- 150gm tepung gandum serba guna
- 3gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh minyak masak
- 1 biji bawang merah | racik
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
6. Angkat dan tos minyak.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Enak dicicah dengan cili sos Thai.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak keju mozarela
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM15
4. BROCCOLI PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 350gm pasta spageti
- 2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
- 30gm minyak | untuk menumis
- 10 ulas bawang putih | dicincang halus
- 50gm brokoli | dicincang halus
- 50gm brokoli | potong kasar
- 1 kiub pati ayam
- 30gm keju parmesan
- Air secukupnya untuk merebus spageti
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan
Jenis masakan : Pasta
Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng
Anggaran kos: RM15
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source