Pengutip Mayat: Kerja Paling Menguntungkan Orang Eropah
Ada satu pekerjaan ini yang kita nampak ia seperti salah di sisi undang-undang dan moral manusia, tapi bagi mereka yang mengalaminya, kerja ini dapat memberikan upah yang begitu lumayan!
Kerja yang saya maksudkan ialah pengutip mayat atau ‘resurrectionist’. Kerja pengutip mayat ialah mencari mayat yang baru dikebumikan dan sempurna sifat tubuh badannya. Kemudian, menggali dan mengambil mayat tersebut, seterusnya jual kepada pensyarah sekolah perubatan
Pada era ke-17 Masihi hingga abad-19 Masihi, pensyarah dari sekolah perubatan di United Kingdom (UK) memerlukan badan manusia yang ‘segar’ sebagai bahan pembelajaran, untuk mengajar pelajar tentang anatomi badan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Biasanya pensyarah akan dapatkan mayat dari penjara, di mana mayat yang diperoleh adalah banduan yang telah menerima hukuman mati. Tapi, pemberian mayat haruslah terhad mengikut undang-undang bernama Anatomy Act 1832, supaya tidak berlaku penyeludupan mayat.
Tapi, bagi pensyarah sekolah perubatan mendapat mayat dari penjara tidak cukup kerana mereka perlu mendapatkan upah yang lebih dari kelas anatomi yang perlukan pembedahan mayat. Jadi, para pensyarah ini memgupah si pengutip mayat untuk jalankan kerja.
Walaupun kerja pengutip mayat nampak macam jenayah, tapi hukumannya pada waktu itu tidak berapa berat sangat, hanya dibayar denda dan penjara saja. Jadi, mereka tidak risau untuk kutip dan jual mayat sampai jumlah mayat dijual mencecah 500 dalam setahun!
Ada terdapat kes si pengutip mayat terdesak untuk dapatkan upah yang lebih sampai sanggup membunuh orang tepi jalan. Penjenayah itu ialah William Burke, lelaki Ireland yang membunuh dan menjual mangsa seramai 16 orang. Caranya ialah melemaskan mangsa tanpa cacatkan badan. Dia menerima hukuman gantung sampai mati pada tahun 1829.
Selain UK, pengutip mayat juga aktif di beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Ireland, Itali, dan Belanda. Sekarang, jarang pengutip mayat mengorek kubur kerana undang-undang berkenaan derma organ semakin ketat dan kepekaan masyarakat untuk memiliki keranda besi bagi mengelak si mati dikutip.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source