Hanawon: Tempat Pelarian Korea Utara Belajar Hidup Macam Orang Korea Selatan
Sejak lepas perang, Korea Selatan sentiasa mengalu-alukan pelarian Korea Utara pergi ke negara deme. Sebab Korea Selatan masih lagi anggap orang Korea Utara ni adalah rakyat deme.
Tapi bila dah masuk ke Korea Selatan ni ada syarat dia. Pelarian Korea Utara wajib hadiri kursus dekat Hanawon. Sekejap, apa benda Hanawon ni?
Hanawon bahasa mudah dia macam sekolah lah untuk pelarian Korea Utara ni. Satu benda korang kena tahu, cara hidup dekat Korea Utara dan Korea Selatan ni sangat berbeza.
Sebab Korea Utara ni biasanya akan wajibkan rakyat deme bekerja seawal umur 18 tahun. Kerja tak boleh pilih lah tu. Siapa yang suka memilih kerja tu eloklah duduk Korea Utara.
Dekat sini muncul masalah baru. Sebab ilmu pelarian Korea Utara ni tersekat dekat umur 17 tahun. Ditambah lagi deme telah didoktrinkan bahawa Korea Utara sangat sempurna. Memang itu je lah yang deme tahu.
Dah masuk ke Hanawon ni, deme terpaksa bermula balik dari benda asas. Dah serupa macam deme masuk sekolah rendah balik.
Bila dah habis je belajar, Korea Selatan akan beri deme RM21k untuk mulakan hidup baru tapi ada syaratnya. Deme tak boleh buat apa-apa kesalahan dekat Hanawon. Buat je salah terus duit kena potong. Dah macam peraturan sekolah.
Walau bagaimanapun, Hanawon ni tak lah membantu pelarian Korea Utara sangat. Sebab kebanyakan Hanawon ni terletak dekat kawasan kampung. Hidup dekat sana pulak serupa dalam penjara.
Oleh sebab itu, ada je pelarian Korea Utara yang lari balik ke negara asal deme sebab tak tahan hidup dekat Korea Utara. Ye lah sembang maju lah konon.
Tapi populasi makin kurang sebab tak mampu bercinta macam korang yang tengah baca ni. Harga barang semua mahal. Gaji kecik dan kena kerja lebih masa. Baik duduk Korea Utara je.
Kesimpulannya, tingkat kepuasan dan kebahagiaan setiap orang berbeza-beza. Macam orang Korea lah. Belah selatan cakap utara sengsara. Belah utara cakap selatan pulak yang sengsara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source