Inisiatif KPT… UUM biayai yuran pelajar cemerlang B40, ditawar sertai Program SULUNG 2.0
Universiti Utara Malaysia (UUM) menaja sepenuhnya yuran seorang pelajar bagi mengikuti Program Sarjana Muda Perakaunan Pusat Intan Safinas (TISSA) pada 10 Oktober ini selepas memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin menyampaikan berita gembira itu kepada Nur Adyranna Aressa Ramli di rumah neneknya di Pendang, Kedah pada 22 September lalu.
Prof Dr Mohd Foad Sakdan (baju biru) bersama Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin (baju Melaju) menyerahkan sumbangan kepada Nur Adyranna Aressa
Dr Mohd Foad ketika ditemui berkata, kunjungan tersebut adalah untuk bertemu dan melihat sendiri persediaan pelajar baharu yang akan mendaftar nanti.
“Memandangkan Nur Adyranna Aressa memenuhi kriteria untuk dipilih dan ditawarkan bagi Program SULUNG 2.0 iaitu keluarga dari kategori B40, maka kunjungan ini juga diharap membawa berita gembira untuk keluarga ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau berkata, seramai 388 pelajar kalangan B40 pelbagai kaum dan bangsa akan dipilih menyertai Program SULUNG 2.0 yang melibatkan 188 pelajar baharu serta 200 adalah pelajar sedia ada.
“Melalui program ini, setiap pelajar dibiayai RM4,998 sepanjang enam semester pengajian mereka,” ujarnya.
Tambah Dr Mohd Foad, program ini terbuka untuk semua bidang pengajian peringkat ijazah selepas penilaian dan pengesahan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui semakan lapangan.
“Antara manfaat yang diterima mereka adalah laluan Kemasukan Khas B40, pengecualian yuran pengajian dan pembangunan insaniah serta sokongan akademik dan kaunseling,” katanya lagi.
Sementara itu, Nur Adyranna Aressa berkata, kegembiraan berganda apabila mendapat peluang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan dan terpilih sebagai pelajar pertama dalam Program SULUNG 2.0.
“Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu, ayah dan nenek yang membesarkan saya,” kata anak sulung dari dua beradik itu.
Program ini adalah inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertujuan memberikan peluang dan kemudahan melanjutkan pengajian kepada generasi pertama yang cemerlang dalam keluarga B40 tetapi kurang berkemampuan.
Melalui program ini, setiap pelajar akan dibiayai RM4,998 sepanjang enam semester pengajian mereka selain laluan Kemasukan Khas B40, pengecualian yuran pengajian dan pembangunan insaniah serta sokongan akademik dan kaunseling.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source