Macam Mana Samsung Berubah Dari Kedai Jual Ikan Kepada Gergasi Barangan Elektrik?
Sebelum Samsung jadi seperti hari ni, pada asalnya deme serupa je macam kedai aceh. Jadi tempat dak-dak Korea cari ikan dan sayur je. Tapi sekarang dah lain sebab deme adalah gergasi elektronik
Bagaimana deme boleh jadi gergasi elektronik?
Semuanya bermula apabila Lee Byung-chul buka kedai runcit bernama Samsung dengan modal $27. Masa tu deme cuma ada 40 pekerja je.
Deme mula berkembang apabila Lee Byung-chul buat kerja gila dengan memindahkan kedai ke Seoul walaupun Perang Korea sedang berlangsung. Benda tu tak jadi masalah sebab Samsung rilek je bina kilang gula dan kilang kain sampai berjaya.
Lepas Perang Korea berakhir, Samsung menjadi antara pilihan pemerintah untuk bangunkan Korea yang miskin. Dari situlah Samsung memasuki industri elektronik.
Deme banyak bangunkan cip semikonduktor dan cip elektronik. Benda tu buat Samsung untung besar sampai mampu beli syarikat insurans dan resort. Sebab tu jangan terkejut kalau korang pergi Korea terjumpa orang pakai baju Samsung jual insurans.
Tapi Samsung sedar dengan keuntungan yang ada, deme boleh jual barangan elektrik. Masalahnya deme tak pandai buat. Deme pun minta tolong Sanyo.
Dengan bantuan Sanyo, Samsung dapat hasilkan bermacam jenis barangan elektrik seperti peti sejuk dan TV. Tak cukup setakat tu, Samsung ni tamak nak buat handphone pulak.
Nak mudah, deme ambil alih je syarikat Hanguk Jeonja Tongsin. Secara perlahan-lahan Samsung mula hasilkan handphone sendiri. Setelah itu semuanya dah jadi sejarah. Sebab handphone dan smartphone buatan Samsung mendapat perhatian ramai. Malah hampir buat Apple terciduk.
Apa-apapun, jadilah seperti Samsung. Deme usaha dari jual ikan kepada jual smartphone. Tapi itulah deme ni ada jugak yang tolong sampai jadi berjaya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source