Pasaran haram muncul jika kerajaan kawal barangan keperluan, kata ahli ekonomi
PETALING JAYA: Cadangan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh agar kerajaan mengambil alih pengeluaran dan pengedaran barangan keperluan tidak diterima dengan baik oleh pakar ekonomi dan kumpulan peniaga.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata, pelan pengeluaran dan pengedaran berpusat tidak masuk akal dari sudut sejarah dan ekonomi.
Menurut sejarah, katanya, penglibatan kerajaan dalam penyediaan barangan keperluan telah mengakibatkan kekurangan dan peningkatan pasaran haram, menjejaskan pengguna.
Ferlito berkata, kerajaan tidak boleh bergantung kepada maklumat sedia ada daripada pakar untuk menentukan kuantiti barangan keperluan yang perlu dikeluarkan dan harganya.
“Kuantiti dan harga ialah maklumat yang muncul secara spontan hasil interaksi antara bekalan dan permintaan dalam pasaran,” katanya kepada FMT.
“Jika pasaran dihapuskan, struktur bekalan, permintaan dan harga turut terhapus. Anda tidak akan dapat kuantiti dan harga yang tepat, sebaliknya akan teraba-raba,” kata Ferlito kepada FMT.
Khamis lepas, Akmal menggesa kerajaan mengawal sepenuhnya bekalan barangan keperluan.
Beliau berkata, barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak dan gula perlu dikawal dan diuruskan oleh kerajaan, bukan sektor swasta.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur Muhamad Baba Kutty berkata, cadangan Akmal itu tidak praktikal dan akan membebankan penjawat awam.
Katanya, kerajaan sebaliknya perlu membenarkan lebih banyak perniagaan terlibat dalam penjualan barangan keperluan.
Muhamad juga berkata, keperluan mengawal harga barangan keperluan hanya akan membebankan jabatan yang mengendalikan perkara itu, yang sudahpun kekurangan kakitangan.
Selain itu, katanya, kerajaan perlu mewujudkan jabatan baharu untuk mengendalikan penghantaran dan pengedaran.
“Ini tidak mudah (dan) saya rasa ia tidak perlu,” tambah Muhamad.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source