Tip Pilih Bendi Muda Tanpa Patahkan Hujung. Tengok Tangkai Saja
Pergi kedai nak beli bendi, tapi kecewa bila lihat semua hujung bendi dah dipatahkan gara-gara kerana mahu memilih bendi muda. Bukan saja kita geram dengan keadaan ini tapi pemilik kedai juga.
Sebenarnya tak perlu pun kita patah hujung sayur ini, ada lagi cara lebih mudah yang boleh digunakan untuk memilih bendi muda. Kita hanya perlu lihat bahagian tangkai bendi saja. Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara pilih bendi muda tanpa patahkan hujung
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah. Saya pun tunjukkan cara mudah;
Bendi boleh kita kelaskan kepada 5 tahap
1. Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
2. Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
3. Tua
Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
4. Sangat Tua
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Kesimpulannya memang senang sangat nak tahu bendi muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.
Sumber: Azuan Abdullah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source