Adam Shahz ‘duda terlajak laris’ ! Hampir setiap hari ramai wanita ajak kahwin Adam Shahz duda terlajak laris ramai ajak kahwin
Pelakon Adam Shahz mendedahkan dirinya menerima banyak mesej daripada wanita mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga selepas bergelar duda.
Adam Shahz ‘duda terlajak laris’
Memetik laporan Kosmo! Online, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, mendedahkan hampir setiap hari dia menerima mesej dalam Instagram daripada ramai wanita.
Mereka ini termasuklah wanita yag berstatus janda yang mengajaknya untuk berkenalan dan mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Bagaimanapun, pelakon drama Juvana mengambil pendekatan untuk tidak melayan mesej-mesej tersebut.
“Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak pernah dipandang sinis, tetapi orang asyik nak ‘try’ (cuba). Kalau tengok mesej dalam Instagram yang saya terima, memang banyak (ajak berkahwin).
“Malah ada yang ajak saya berkahwin selepas mendakwa ‘bertemu’ dalam mimpi. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan saya sebagai pasangan yang secocok dengan mereka kerana sama-sama melalui kisah hidup yang hampir serupa.
“Nak balas mesej daripada orang yang saya kenal dalam Instagram pun jadi tidak selesa. Sebab kalau saya buka (mesej), takut mereka yang hantar mesej pada saya tahu saya sedang ‘online’. Sudahnya saya akan pandang sahaja kiriman itu tanpa membalasnya,” ujarnya kepada Kosmo!
Adam Shahz tak serik kahwin, tapi bukan sekarang
Sudah menduda selama lima tahun, Adam mengakui dirinya tidak serik untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, dirinya masih belum terfikir untuk menamatkan zaman solonya.
Adam berkata, buat masa sekarang dirinya hanya mampu memberikan fokus buat keluarga terutama menjaga ibu, Rokiah Leman, 62, yang tidak sihat di kampung halaman.
“Kahwin? Nak kata serik itu tidaklah. Sebagai seorang lelaki, saya mestilah mempunyai keinginan untuk berkahwin. Cuma ada banyak lagi perkara yang perlu saya berikan perhatian.
“Sekarang saya mahu fokus pada keluarga dan menjaga ibu yang tidak berapa sihat di kampung,” katanya.
Akui Adam, dirinya mengaku dirinya ada berkahwin dengan ‘seseorang’. Akan tetapi, belum ada perancangan untuk ke fasa yang lebih serius kerana mahu memberi tumpuan pada perkara lain selain kerjaya sebagai anak seni.
Untuk rekod, Adam Shahz pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 8.
Bagaimanapun, mereka telah bercerai selepas empat tahun membina mahligai cinta.
Artikel lain: “Mummy tidur dengan boyf…” -Adam Shahz kongsi perbualan dengan anak
Artikel lain: Adam Shahz nafi ‘gila bayang’, tak kisah kalau bekas isteri nak kahwin lagi
Artikel lain: Adam Shahz ‘warning’ Fatin Afeefa, mahu tuntut hak sebagai bapa
Fatin juga kini telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, usahawan Aliff Awang pada 30 Disember lalu dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.
Sumber: IG hibglam.com.my, Kosmo! Online
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source