Melampau & tak tahu malu! Lelaki Rohingya selamba raba buah dada pelajar
Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki warga Rohingya dilihat melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah pasar raya terletak di Sungai Buloh, Selangor pada 18 September lalu.
Lelaki Rohingya raba ‘buah’ pelajar perempuan
Menerusi rakaman kamera litar tertutup, jelas memaparkan suspek berusia 31 tahun pada awalnya mengekori mangsa yang sedang memilih barang di sebuah rak dalam pasar raya berkenaan.
Suspek kemudiannya terus meluru dan meraba bahagian dada pelajar tersebut selepas melihat tiada kehadiran pengunjung lain selain mereka berdua.
Selepas itu, suspek kembali berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan terus mengambil barangan di rak tersebut.
Warga Rohingya ditahan cabul pelajar di pasar raya
Dia ditahan polis selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah pasar raya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Jumaat. pic.twitter.com/ZwMe1Y8GZr
— Yon (@Amrlamnnn) October 6, 2023
Panggil mak dan tahan suspek
Tidak berdiam diri, pelajar terbabit terus berlari dan memanggil seorang wanita dipercayai ibunya untuk bersemuka dengan suspek.
Kemudiannya, datang pelanggan yang lain untuk melihat kekecohan yang berlaku sebelum menarik pendatang asing terbabit.
Ditahan polis, tak mengaku raba buah dada mangsa
Sementara itu, menurut laporan Majoriti, suspek telah pun ditahan oleh pihak polis dengan beberapa anggota lain yang turut berada di lokasi kejadian.
Difahamkan, pada awalnya suspek cuba menafikan perbuatan tidak bermoral yang dilakukannya. Namun, segala kebenaran dapat dibuktikan menerusi rakaman CCTV di premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, keluarga mangsa telah membuat laporan pada jam 6 petang dan pihaknya telah pun menahan untuk disoal siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (AKSK) 2017 dan telah pun dituduh di Mahkamah Klang pada 27 September lalu.
Berani sangat kacau!
Rata-rata warganet berang dengan tindakan yang dilakukan oleh suspek terhadap mangsa.
Sumber: X amrlamnnn
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source