Halau Bubuk Beras Guna Microwave. 10 Minit Siap, Jimat Masa & Tak Membazir!
Kaum wanita telah membuktikan bahawa tidak ada perkara yang mustahil untuk mereka mentadbir negara kerana bukan hanya lelaki, wanita juga layak untuk menjadi Perdana Menteri atau pun Presiden bagi sesebuah negara.
Di Malaysia, negara kita masih belum pernah melantik wanita sebagai Perdana Menteri, namun terdapat beberapa negara yang sudah mengiktiraf dan memberi kepercayaan untuk wanita memimpin negara.
Lebih daripada 70 negara di seluruh dunia menyaksikan seorang wanita menjadi pemerintah negara di era moden ini. Ada yang terpilih, ada yang dilantik, ada yang berkhidmat untuk jangka masa yang singkat dan ada juga yang meninggalkan warisan yang kekal di belakang mereka.
Jom kita lihat antara negara yang pernah mempunyai Perdana Menteri atau Presiden dikalangan wanita.
1. Sirimavo Bandaranaike – Sri Lanka
Terpilih sebagai Perdana Menteri Sri Lanka, Bandaranaike adalah wanita pertama yang dipilih menjadi ketua pemerintahan di dunia moden. Beliau memasuki dunia politik pada tahun 1959 setelah suaminya dibunuh oleh seorang sami Buddha ketika bertugas sebagai Perdana Menteri.
Setelah kematiannya, Bandaranaike mengambil alih kepimpinan Parti Kebebasan Sri Lanka dan berkhidmat sebagai ketua negara dari tahun 1960 hingga 1965 dan sekali lagi dari tahun 1970 hingga 1977.
2. Indira Gandhi – India
Merupakan anak kepada Perdana Menteri India Pertama, Indira Gandhi menyertai gerakan kemerdekaan dari Britain dalam usia yang masih muda. Pada tahun 1966, beliau dilantik sebagai pemimpin parti, dan dengan itu menjadi perdana menteri; beliau terpilih ke jawatan itu pada tahun berikutnya, kemudian dua kali dilantik semula.
Gandhi sangat menyokong Pakistan Timur (sekarang Bangladesh) dalam perang kemerdekaannya yang berjaya dan menjadikan India sebagai kuasa dominan di Asia Selatan. Dikalahkan pada tahun 1977, beliau kembali berkuasa pada tahun 1980, tetapi dibunuh oleh pengawalnya sendiri pada tahun 1984 sebagai pembalasan kerana memerintahkan tentera untuk menyerang separatis Sikh di kuil suci mereka.
3. Han Myeong Sook – Korea Selatan
Merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan Perdana Menteri di Korea Selatan, Han Myeung Sook menyumbang dalam penggubalan undang-undang sebagai usaha mempertahankan hak wanita seperti isu tempoh cuti berpantang dan penetapan gaji bagi ibu hamil yang bekerja.
Namun begitu, beliau juga menjadi Perdana Menteri pertama Korea yang dipenjarakan atas tuduhan menerima rasuah.
4. Halimah Yacob – Singapura
Setelah berkhidmat selama 16 tahun dalam bidang politik, Halimah Yacob diangkat menjadi PResiden Singapura pada tahun 2017. Beliau menjadi wanita pertama sebagai Presiden dan wanita Melayu pertama dalam 47 tahun, iaitu selepas Yusof Ishak di awal penubuhan negara itu.
5. Megawati Soekarnoputri – Indonesia
Merupakan anak kepada Presiden Indonesia pertama, Soekarno, beliau mengikut jejak ayahnya dan menjadi Presiden Indonesia wanita pertama dari tahun 2001 hingga 2004. Beliau telah menyumbang dalam menstabilkan keseluruhan proses demokrasi dan memulihkan hubungan antara perundangan, eksekutif dan ketenteraan.
6. Yingluck Shinawatra – Thailand
Merupakan Perdana Menteri wanita pertama di Thailand dan mentadbir negara dari tahun 2011 hingga 2014. Walaupun dilanda kontroversi dan digelar ‘pemerintah boneka’, namun beliau pernah memainkan dalam memulihkan negara daripada tragedy banjir dengan menawarkan bantuan kepada mangsa dan menghidupkan semua operasi pengilangan besar negara.
Merupakan Perdana Menteri wanita pertama di Thailand dan mentadbir negara dari tahun 2011 hingga 2014. Walaupun dilanda kontroversi dan digelar ‘pemerintah boneka’, namun beliau pernah memainkan dalam memulihkan negara daripada tragedy banjir dengan menawarkan bantuan kepada mangsa dan menghidupkan semua operasi pengilangan besar negara.
7. Gloria Macapagal Arroyo – Filipina
Sebelum menjadi Presiden pada tahun 2001 hingga 2010, Gloria menyandang jawatan sebagai Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri serta pengarah Tekstil dan Pakaian sehingga menjadi industri utama dan berjaya meraih jutaan dollar untuk pembangunan negara.
Semasa kepimpinannya, beliau menyumbang dalam pelbagai sektor termasuklah pembangunan dalam bidang pendidikan, ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertanian.
8. Margaret Thatcher – United Kingdom
Dibesarkan di sebuah apartmen di atas kedai runcit keluarganya, Margaret Thatcher bersekolah di Oxford dan bekerja sebagai ahli kimia industri sebelum masuk ke dalam dunia politik. Dia bangkit melalui barisan Parti Konservatif, menjadi pemimpinnya pada tahun 1975 dan empat tahun kemudian, menjadi Perdana Menteri wanita pertama yang memimpin sebuah negara besar Barat.
Tempoh pemerintahannya adalah selama 11 tahun dan menjadi Perdana Menteri Britain paling lama berkhidmat pada abad ke-20.
9. Tsai Ing Wen – Taiwan
Menjadi wanita pertama yang mentadbir Taiwan sejak 2016 serta merupakan pengerusi Parti Demokratik Progresif yang akif memperjuangkan keadilan sosial setempat. Kepimpinannya memperlihatkan peranan kerajaan dalam menyokong kumpulan minoriti dalam masyarakat seperti golongan miskin, wanita, kanak-kanak dan orang asli Taiwan.
Ha, amacam? Power kan?
Sumber: History, Sirap Limau
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source