isteri meninggal bersama bayi 8 bulan dalam kandungan
Hasrat pasangan suami isteri menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun berusaha memperoleh zuriat rupanya menjadi episod duka apabila sang isteri meninggal bersama bayi di dalam kandungannya.
Isteri meninggal berpunca akibat sesak nafas
Menerusi perkongsian TikTok mrwanchaiofficial77, pihak mereka telah menguruskan jenazah seorang wanita hamil yang meninggal dunia kerana sesak nafas bersama bayinya yang berusia lapan bulan dalam kandungan.
@mrwancaiofficial77 Nor Ezaty Binti Abdul Latif Meninggal Dunia Bersama Anak Dalam Kandungannya Yang Berusia 8 Bulan. Punca Kematian Ibu Muda Berusia 26 Tahun Ini Adalah Di Sebabkan Sesak Nafas. InshaAllah Team UKVJ HQ Akan Membantu Pengurusannya Sebentar Lagi. Nantikan Live Yang Akan Di Buat Pada Bila² Masa!
Isteri meninggal, suami gendong jenazah anak
Dalam video tersebut, dapat dilihat yang suami kepada Allahyarham Nor Ezaty binti Abdul Latif sebak menggendong jenazah bayi mereka yang tidak dapat diselamatkan.
Ahli keluarga yang sama-sama berada di keliling jenazah juga turut tidak dapat menahan tangis diatas pemergian dua insan yang amat disayangi.
@mrwancaiofficial77 Ujian Hebat Untuk Suami Yang Hebat❗️ Kebahagiaan Yang Di Kecapi Hilang Dalam Sekelip Mata. Kehilangan Yang Di Lalui Bukan Satu Tapi Dua. Ibu Syahud Kini Berbahagia Bersama Anaknya Di Syurga😭
Isteri meninggal, empat tahu cuba dapatkan zuriat
Sememangnya ujian hebat yang ditempuhi oleh suami allahyarham cukup besar kerana kebahagiaan yang dikecapi sekelip mata, bukan satu tetap kedua-duanya sekali.
Difahamkan, pasangan tersebut sememangnya sangat menantikan cahaya mata kerena memang berusaha untuk memperoleh zuriat sepanjang empat tahu berkahwin.
Mengandung, bersalin memang pertarungan nyawa
Menjengah ke ruangan komen, ramai akui sebak melihat melihat situasi berkenaan dan mengucapkan takziah kepada suami dan serta ahli keluarga allahyarham.
Mereka juga menyatakan bahawa proses kehamilan dan bersalin merupakan satu pertarungan nyawa buat isteri dan memang ada risiko untuk kehilangan.
Sebak dapat tahu mereka dah tunggu 4 tahun untuk cahaya mata
Berlarilah di syurga bersama anak tersayang
Salam takziah buat suami & ahli keluarga
Syahid buatmu bidadari syurga
Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan sama-sama menuju ke syurga dengan anak yang belum sempat bernafas di dunia.
Sumber: TikTok mrwanchaiofficial77
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source