Lantik graduan swasta, luar negara isi 20,863 kekosongan guru
PETALING JAYA: Kekosongan 20,863 kekosongan guru di sekolah seluruh negara akan diatasi antaranya dengan pengambilan graduan institut pengajian tinggi swasta dan luar negara terutama untuk mata pelajaran kritikal, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menjawab soalan bertulis Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) di Dewan Rakyat, Fadhlina berkata subjek berkenaan adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Rekabentuk dan Teknologi serta Pendidikan Islam, yang sukar mendapat calon daripada universiti awam.
Menurutnya, pihaknya juga melaksanakan pelantikan secara kontrak di kalangan graduan tidak mempunyai ikhtisas pendidikan.
“Isu kekosongan guru ini bersifat sementara disebabkan guru bersara, berpindah ke bahagian dalam KPM, jabatan pendidikan negeri, meninggal dunia, meletak jawatan dan sebagainya, kekosongan ini akan diisi dengan lantikan baharu berdasarkan jumlah telah dikenal pasti.
“Unjuran keperluan guru disediakan setiap tahun bagi memastikan guru baharu di sekolah KPM sentiasa dipenuhi berdasarkan keperluan sebenar,” kata Fadhlina menjawab soalan berkaitan jumlah kekurangan guru dibangkitkan Ikmal.
“Sehingga 30 Sept, jumlah perjawatan guru bagi sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah sebanyak 431,229 dan pengisian adalah seramai 410,366, atau 95.16% orang.
“Jumlah kekosongan perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah sebanyak 20,863 (4.84%),” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source