Macam Mana Boleh Ada Aqueduct Rom Di Baitulmaqdis?
Baitulmaqdis ada peninggalan Rom? Agak janggal tapi memang ada!
Penggalian arkeologi di Giv’at Hamatos, Baitulmaqdis menemui Aqueduct kuno yang pernah mengalirkan air ke seluruh Baitulmaqdis semasa zaman pendudukan Rom.
Kalau korang tak tau, Rom pernah menakluki Baitulmaqdis pada tahun 70M. Masa tu orang-orang Yahudi bertelagah dan berperang sesama sendiri sehingga diancam kebuluran.
Rom dibawah pimpinan Titus mengepung dan menyerang orang-orang Yahudi di Baitulmaqdis. Tentera Rom berjaya kuasai seluruh Baitulmaqdis.
Titus arahkan keseluruhan kota dibakar dan dan harta-benda dijarah. Semua rakyat Jerusalem dijadikan tawanan dan nasib mereka ditentukan oleh Rom.
Seramai lebih sejuta orang Yahudi terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Titus arahkan keseluruhan Tembok dan Haikal dimusnahkan kecuali menara yang paling tinggi dan sebahagian kecil sahaja tembok di bahagian barat yang pada hari ini dijadikan tembok ratapan oleh bangsa Yahudi.
Balik semula ke Aqueduct tadi, Aqueduct ni salurkan air ke rumah elit Baitulmaqdis termasuklah istana Maharaja Rom Herod.
Waktu tersebut juga, populasi Baitulmaqdis semakin bertambah. Bandar semakin membesar. Tapi takkan nak harap air perigi je? Air perigi pun tak cukup nak tampung keperluan ribuan rakyat Baitulmaqdis masa tu.
Disebabkan keadaan ini, orang Hasmonean dan Raja Herod bina dua saluran air yang kompleks untuk angkut air ke Baitulmaqdis, membentuk salah satu projek air yang paling hebat dan paling canggih pada masa tu.
Kolam besar dibina di mata air di wilayah Bethlehem berjaya mengalirkan air sejauh beberapa kilometer melalui Aqueduct ni.
Selain daripada Aqueduct ni, turut ditemukan syiling dari tahun 67M ketika pemberontakan Yahudi ke atas Rom.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source