Kenapa Pasukan Bola Sepak Perancis Terlalu Ramai Pemain Kulit Hitam?
Kylian Mbappé, Eduardo Camavinga, N’Golo Kanté dan lagenda bola sepak Perancis Thierry Henry. Ni antara pemain-pemain berkulit hitam yang mewakili skuad kebangsaan Perancis. Ribuan lagi pemain berkulit hitam lain yang tak tersenarai di sini.
Bukan ke Perancis ni negara Eropah yang sepatutnya ramai kulit putih?
Segalanya bermula di penghujung Perang Dunia Kedua, sebahagian besar Perancis musnah teruk akibat perang.
Kerajaan Perancis mula rekrut pekerja buruh dari barat dan timur Eropah serta dari tanah jajahan mereka di utara Afrika untuk bina semula negara pada penghujung tahun 1940-an dan tahun 1950-an.
Antara negara terlibat ialah Jerman, Poland, Itali, Portugal, Sepanyol dan Algeria. Perancis menjadi negara Eropah yang paling banyak membawa masuk imigran iaitu seramai 2.7 juta orang.
Pada tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ekonomi Perancis berkembang pesat dan kekurangan pekerja buruh membuatkan Perancis sekali lagi membawa masuk imigran secara besar-besaran.
Kali ni lebih ramai imigran dibawa masuk daripada tanah jajahan Perancis seperti Afrika Barat, tanah Arab dan Caribbean.
Ketika gelombang kemasukan imigran, 38% daripada mereka menetap di Greater Paris dan yang paling banyak adalah di kawasan yang dikenali sebagai “Banlieues.” Kebanyakan mereka menetap berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Paris, Lyon dan Marseille.
Pada masa yang sama, Perancis berhadapan dengan krisis sukan terutamanya pasukan bola sepak kebangsaan. Di antara tahun 1960 dan 1974, Perancis gagal untuk layak dalam 3 Piala Dunia dan 3 Kejohanan Eropah.
Persekutuan Bola Sepak Perancis putuskan untuk wujudkan struktur nasional untuk bandar-bandar membangun. Salah satu usaha tersebut ialah pembinaan sistem akademi bola sepak pertama di Eropah. Dari situ lahirnya Institut National du Football di Vichy pada tahun 1972.
Kemudian, FFF bekerjasama dengan kelab-kelab bola sepak ternama Perancis untuk tubuhkan rangkaian akademi yang lebih luas. Dan menjelang awal 1990-an, sistem bola sepak adalah antara yang terbaik di dunia.
Kawasan luar bandar Perancis atau Banlieues terus melahirkan pemain-pemain yang paling berbakat di dunia kerana ini adalah tempat di mana sejarah imigresen Perancis bertemu dengan sistem bola sepak.
Dan Inilah sebabnya mengapa bandar ini menjadi “lubuk” bakat bola sepak nombor satu di dunia. Sejak tahun 2002, jumlah pemain yang lahir di Paris dan bermain untuk Piala Dunia terus meningkat.
la menjadi satu kejayaan bagi kepelbagaian budaya di Perancis kerana pemain-pemain mereka sama ada mereka sendiri adalah imigran, atau anak kepada imigran yang datang ke Perancis pada abad ke-20.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source