Malaya Alami Krisis Beras Di Zaman British
Sekarang ni, pergi pasar raya nak beli beras tempatan susah nak dapat. Masakan tidak, hanya beras tempatan yang disubsidi kerajaan. Beras import pulak ada krisis lepas India hentikan eksport beras ke negara asing.
Dulu-dulu kita pernah tak kena krisis beras macam ni?
Pernah! Zaman British lagi!
Sejak zaman-berzaman lagi, orang Melayu memang makan nasi je sepanjang masa. Aktiviti penanaman padi pun jadi begitu rapat dengan masyarakat Melayu.
Tapi lepas Sultan Abdul Samad ambil tampuk pemerintahan pada
1857, penanaman padi tak dipandang serius dan diabaikan.
Aktiviti penanaman padi merosot sekitar tahun 1860 oleh sebab tak dapat sokongan daripada Sultan. Kerbau yang digunakan untuk membajak pun diserang penyakit dan mati. Penanaman padi menjadi mundur.
Orang Melayu zaman tu beralih kepada industri bijih timah yang lagi menguntungkan. Pengeluaran padi langsung tak meningkat walaupun ada permintaan daripada imigran Cina dan India.
Lagipun, orang Melayu tanam padi bukan untuk dikomersialkan. Penanaman padi dalam kalangan masyarakat Melayu semakin berubah setelah kemasukan British terutama pada era selepas 1900.
Bila British perkenalkan industri getah, penanaman padi terus diabaikan sebab tak nampak bagi keuntungan untuk British.
Diorang anggap bekalan beras masih boleh diperoleh dengan harga yang murah daripada Siam, Burma dan Indo-China pada ketika itu.
Namun apabila menjelang tahun 1917, British mula sedar risiko kebergantungan bekalan beras dari luar negara. Buruh-buruh semuanya kena makan nasi untuk buat kerja. Kalau takde nasi, siapa nak buat kerja?
British pun laksanakan undang-undang untuk pastikan tanah-tanah yang diperuntukkan untuk tanam padi tak ditukar kepada penanaman getah.
Raja-raja Melayu seperti Sultan Perak, Sultan Abdul Jalil dan Sultan Selangor, Sultan Alaudin melawat ke seluruh negeri menguar-uarkan kepada masyarakat betapa pentingnya pengeluaran beras sebagai sumber makanan.
Meskipun krisis beras ni dah cuba diatasi sejak tahun 1917, langkah yang digunakan tak memberi hasil.
Pada tahun 1919 krisis kian meruncing dan keadaannya tidak dapat diatasi dengan pendekatan yang sedia ada. Krisis ni menyebabkan berlakunya catuan bekalan beras di seluruh Malaya.
Krisis beras ni bukan sahaja dialami di Malaya, malah di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara selama 3 tahun dari 1919 hingga 1921!
Kerajaan British ambil alih segala kegiatan mengimport dan pengedaran bekalan beras di seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) mulai 1 Julai 1919.
NNMB sebelum ni bergantung pada bekalan beras import Burma yang merupakan pembekal beras terbesar ke Tanah Melayu. Tapi Burma tak dapat bekalkan permintaan NNMB.
Kemelesetan ekonomi dunia mula memberi impak kepada industri getah dan bijih timah tempatan. Peladang dan pelombong menyelamatkan industri masing-masing dan tak hirau pasal beras.
Bagi menyelesaikan isu ini, pentadbiran British mengambil langkah segera memperuntukkan perbelanjaan tinggi untuk mengimport lebih banyak bekalan beras walaupun harganya tinggi.
Korang rasa, krisis beras yang berlaku dulu ada persamaan atau tak dengan yang berlaku masa zaman British dulu?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source