Nampak mesra, foto Syamsul Yusof bersama wanita cantik cetus tanda tanya netizen Syamsul Yusof
Nama pengarah sensasi, Syamsul Yusof kembali menjadi bualan ramai selepas tular sebuah video lama dan beberapa foto bersama seorang wanita di platform TikTok, hari ini.
Syamsul Yusof dengan siapa tu?
Menerusi hantaran tular dikongsikan, difahamkan kehadiran Syamsul disitu adalah bagi meraikan kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya mencetuskan fenomena dalam dunia perfileman tempatan pada tahun lalu.
Dalam video tersebut, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof dilihat memakai kemeja bercorak bersama beberapa orang lain termasuklah wanita cantik dikenali Irene Deanna tersebut.
@asyraafkn Congrats for Mat Kilau #fyp #foryoupage @Utama Motors @Irene Deanna @@anisalysia
Bukan itu sahaja, turut tular beberapa foto memaparkan bekas suami kepada aktres cantik, Puteri Sarah Liyana itu bersama wanita tersebut dan beberapa individu lain.
@makcikbawangchannel Kalau btl apa salahnyaaa HAHAHAHAHA. kami rakyat malaysia sokong penyondol yg ni. sekufuuuu nokkk. lawooo. rupanya dari last year? btl keeeeee? kami tanyaaa .adakah ini benar belaka? #irenediane #girlfriendsyamsul #syamsyulyusoff #artiskekasihbaru
Siapa ni? Nampak mesra
Rata-rata warganet meninggalkan soalan mengenai status hubungan Syamsul Yusof bersama wanita tersebut.
Mereka bagaimanapun dilihat seakan menyokong setelah melihat kemesraan yang dipamerkan dan merestui sekiranya dua figura terbabit mempunyai ‘hubungan istimewa’.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang artis lelaki yang baru berkahwin kini didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan.
Sumber Harian Metro berkata, wanita berkenaan memiliki perusahaan pemotoran selain berasal daripada keluarga berada.
Malah, mereka juga berkongsi minat yang sama selain masing-masing dilihat sekufu.
Artikel lain: Akhirnya temui noktah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu
Artikel lain: Bukan disihir, Syamsul Yusof kahwini Ira Kazar selepas buat solat istikharah
Difahamkan, hubungan cinta mereka itu sudah dihidu warganet apabila ramai yang menulis dan memberi bayangan di ruangan komen bekas isteri selebriti berkenaan.
Malah, selebriti itu juga sering memberikan tanda suka atau ‘like’ pada setiap hantaran dimuat naik ahli perniagaan wanita itu.
Dalam masa sama, hubungan selebriti itu dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan selepas selebriti terbabit melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.
Isterinya juga sering mendapat kecaman warganet gara-gara tindakannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.
Sumber: TikTok @asyraafkn, @makcikbawangchannel, Harian Metro, Instagram irenee.deanna
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source