Pokok Robin Hood Kena Tebang
Pokok Sycamore Gap yang teguh selama lebih 200 tahun di Taman Negara Northumberland tumbang lepas ditebang secara sengaja akibat perbuatan vandalisme individu yang tidak bertanggungjawab.
Apa istimewanya pokok ni sebenarnya?
Menurut National Trust, pokok ni ditanam pada akhir abad ke-19 oleh pemilik tanah sebelumnya, John Clayton.
Pokok ni terletak di sebelah tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Tembok Hadrian, England.
Pokok Sycamore ni pernah menang Woodland Trust’s Tree of the Year pada 2016 sekaligus jadi tarikan pelancong yang popular di England.
Pokok ni terkenal di peringkat antarabangsa apabila ia digunakan untuk adegan dalam filem blockbuster pada 1991, Robin Hood: Prince of Thieves, yang dibintangi Kevin Costner.
Budak-budak sekarang mungkin tak berapa tahu pasal pokok yang muncul dalam filem Robin Hood ni.
Tak dinafikan, pokok ni boleh tumbuh semula. Tapi mungkin ia takkan capai ketinggian yang sama dengan sebelum ni yang setinggi 108 kaki (32.9184 meter).
Setakat ni, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan vandalisme tapi kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Kemudian, seorang lelaki berusia 60-an pula ditahan untuk membantu siasatan dan turut dibebaskan selepas bangsalnya digeledah pihak polis.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source