Unit Rahsia Dayak Yang Memburu Kepala di Borneo Ketika Perang Dunia Kedua
Operasi Semut, operasi yang diklasifikasikan sebagai misi rahsia ini melawan Jepun secara gerila bersama penduduk tempatan. 25 Mac 1945, Mejar Tom Harrisson bersama 8 orang Unit Khas Z menuju ke kawasan hutan tinggi Borneo yang belum dipetakan tentera British Australia.
Isteri kepada Rajah Sir Charles Vyner Brooke pernah cakap, “Kalau Jepun cuba tembus Sarawak, para pemburu kepala akan dapat banyak koleksi yang mantap, silakanlah masuk dan aku pun nak beberapa kepala Jepun untuk aku sendiri.”
8 anggota peninjau Semut 1 terjun ke kawasan daratan tempat tinggal orang Kelabit. Orang Dayak suku Kelabit ni takde pengalaman dalam berperang tapi sebab diorang terasa kesan perang tu, diorang tolong tentera British Australia ni. Diorang dihalang daripada berdagang sampai kekurangan ubat-ubatan dan makanan.
Perjumpaan tentera Australia ni dengan Dayak berjaya. Sebuah HQ dibina di Bario. Operasi Semut berjalan dengan bantuan perubatan diberikan kepada penduduk tempatan. Orang Dayak ni dilatih gunakan senjata dan kira-kira 1000 askar dapat dikumpulkan Semut 1. Selain senjata moden, diorang sebenarnya lagi ditakuti tentera Jepun bila guna senjata tradisional seperti parang dan sumpit beracun. Tom Harrisson suka sebab sumpit beracun ni membunuh secara senyap.
Tentera British galakkan pemburuan kepala memandangkan ia adat penduduk disitu. Operasi Semut membayar sebanyak 5 guilder Belanda setiap kepala sebagai ganjaran. Bila Mejar Sochon jumpa ketua-ketua suku, beliau bagitau “masa perang ni, korang boleh ambik kepala-kepala Jepun.” Di kebanyakan tempat, pemburuan kepala ni sangat penting untuk dapat sokongan penduduk tempatan dan menjayakan operasi.
Pemburuan kepala pun dah jadi tradisi untuk orang muda yang baru nak kahwin. Orang-orang muda ramai yang direkrut British untuk memburu kepala.
1 Ogos, Operasi Semut menghalang tentera Jepun daripada berundur ke pantai. Tapi bila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos, tindakan agresif dihentikan. Tentera-tentera Jepun yang tak menyerah diri terus berperang, curi makanan, merompak dan membunuh menyebabkan operasi ni tetap diteruskan. Leftenan Jeneral Baba Masao menyerah kalah secara rasmi di Labuan menandakan berakhirnya penguasaan Jepun di Borneo.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source