Teringin Nak Makan Dodol, Buatkan Je Dodol Kukus Ni. Sekejap Je Siap Masak!
Siapa peminat cakoi anda patut cuba resipi ni! Jika sebelum PKP, ramai je orang jual cakoi kat pasar malam atau tepi-tepi jalan. Tapi sekarang ni bila tak dapat ke mana-mana, nak tak nak ibu kena juga buat sendiri untuk ahli keluarga.
Sebenarnya nak buat cakoi ni bukan la susah sangat. Lebih senang daripada buat donut. Bahan-bahannya pun bahan yang biasa ada kat rumah. Jadi memang senang la nak buat. Cuma rajin atau tak rajin je.
Lagi pun buat sendiri ni memang puas hati kalau sedap dan menjadi. Boleh makan banyak. Adunan cakoi ni boleh juga guna untuk buat pau goreng. Beli siap-siap inti kacang merah. Ada banyak dijual di kedai bakeri.
Bagi yang nak mencuba buat untuk sarapan pagi atau minum petang, resipi Ila Lala ini pasti buat anda puas hati. Bukan apa, walaupun dah sejuk tetap lembut. Sedap pula dicicah dengan sos pandan atau sambal bilis. Malas-malas beli kaya terus boleh cicah.
Cakoi PKP, Tetap Lembut Walaupun Dah Sejuk
Bahan bahan:
1 cawan air suam (jangan terlalu panas)
1.5 tsp yis
2 tbsp gula
1/2 tsp garam
1/2 tsp sodium bicarbonate
2.5 cawan tepung gandum
2 tbsp minyak
Cara-cara:
Sediakan air yis – masukkan yis dan gula dalam air suam – biarkan 10 minit-hingga berbuih.
Masukkan garam, sodium bicarbonate dalam tepung dan air yis. Uli sebati. Masukkan minyak.
Uli rata. Rest kan 1 jam. Selepas 1 jam. Canai, potong 4 segi panjang. Basahkan lidi/copstik. Tekan tengah doh. Tindih 2 doh yang dah di potong 4 segi. Tabur kan tepung sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.
Goreng dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum masukkan dalam kuali. Goreng sehingga garing.
Cakoi berongga cantik bila minyak cukup panas.
Kredit: Ila Lala
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source