Wujudkah Tamadun Tanpa Agama? – The Patriots
Ciri-ciri sesebuah tamadun menurut Ibn Khaldun mestilah mempunyai pengangan agama yang tinggi, sistem organisasi dalam negara yang rapi, kehidupan cara bandar, mencapai tahap penulisan yang tinggi dan pakar dalam seni lukis dan reka.
Bukan Ibn Khaldun sahaja yang menyatakan pentingnya agama dalam tamadun. Malah sarjana-sarjana lain juga berpendapat perkara yang sama seperti Edward L. Farmers dan lain-lain.
Tapi kenapa penting sangat agama ni?
Agama ni yang memberikan panduan kepada manusia membentuk akhlak mereka. Agama juga mencerminkan pemahaman manusia dengan dunia yang membuatkan mereka maju dan bertamadun tinggi.
Agama menyediakan dua fungsi utama kepada kemajuan tamadun:
Kawalan Sosial: Menyatukan manusia untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada pemimpin atau masyarakat secara keseluruhan.
Kesepaduan Sosial: Mengajar manusia berakhlak antara satu sama lain hasil daripada sistem kepercayaan yang dikongsi dan garis panduan moral yang melarang tingkah laku anti-sosial.
Kata kunci untuk sesebuah tamadun ialah organisasi. Jikalau dikatakan bangsa yang bertamadun tinggi dalam kebendaan, tetapi menghalalkan perkara-perkara yang melanggar fitrah manusia. Tak lama kemudian mereka akan musnah kerana tak berupaya masyarakat yang sistematik, sering berlaku huru-hara dan sebagainya.
Kebanyakan spesis tidak dapat kekal dalam kumpulan yang besar melebihi 150 orang. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan ini adalah saiz yang ideal untuk kumpulan manusia, kerana ini adalah saiz maksimum mana-mana individu dalam kumpulan boleh mengenali setiap ahli kumpulan yang lain. Agama dapat mengawal dan menyatukan manusia secara keseluruhannya.
Masyarakat yang bertamadun dengan agama juga rasional terhadap ilmu. Agama juga yang menggerakkan sejumlah besar manusia untuk menakluki tanah baru dan mengasimilasikan orang baru, sekali gus mengembangkan rangkaian orang yang saling berkaitan yang lebih besar. Ia juga digunakan untuk membina kejayaan terbesar dalam kejuruteraan dan seni bina manusia, seperti piramid Mesir, dan sebagainya.
Apabila Rasulullah (saw) membina Kerajaan Islam Madinah yang berlandaskan agama Islam. Dapat kita lihat betapa sistematiknya pemerintahan, Ansar yang terbahagi kepada Aus dan Khazraj dapat disatukan dan disaudarakan dengan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah atas dasar agama. Kerana tanpa agama, kita tidak akan mampu mengatur pada skala yang besar untuk melakukan semua perkara ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source