Tak pernah gugur 5 hadis, kata Fadhlina
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak pernah mengeluarkan lima hadis daripada Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.
Menteri Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan meneruskan semua 42 hadis dalam modul itu di sekolah bawah KPM tahun depan.
“(Lima hadis) tak pernah digugurkan, tak pernah,” katanya di Dewan Rakyat.
Fadhlina (PH-Nibong Tebal) menjawab Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang bertanya mengapa lima hadis digugurkan daripada modul itu.
Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy, dilaporkan mendakwa KPM mengeluarkan lima hadis itu.
Antara didakwa dikeluarkan termasuk hadis kelapan iaitu perintah Allah kepada Rasulullah untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah sehingga mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.
Modul penghayatan hadis itu dilancarkan pada Ogos lalu bertujuan memupuk nilai sabda atau hadis Rasulullah di peringkat sekolah.
Sementara itu, Fadhlina berkata perluasan aktiviti penghayatan modul berkenaan di semua sekolah KPM hanya melibatkan murid beragama Islam.
“Modul penghayatan ini bukan mata pelajaran baharu, namun modul tersebut merupakan bahan pengayaan bagi mata pelajaran pendidikan Islam.
“Oleh yang demikian, modul digunakan tiada pertindihan dengan mata pelajaran pendidikan Islam sedia ada,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source