“Rakyat Malaysia ni hangat2 tahi ayam..”-Michael Ang bersuara isu boikot McDonald’s
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyuara pendapatnya mengenai tindakan masyarakat yang dikatakan mahu boikot restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia kerana dikatakan menyokong Israel.
Michael Ang dakwa rakyat Malaysia tak serius boikot
Pengarah berusia 47 tahun berkata, ia hanyalah tindakan sementara kerana sebelum ini pernah berlakunya isu boikot McDonald’s.
Namun, tidak pernah lagi kesemua premis berkenaan ditutup sepenuhnya di Malaysia.
“Rakyat Malaysia ni boikot hangat-hangat tahi ayam saja. Kalau orang Malaysia ni betul-betul berprinsip sangat, tak perlu perang baru nak boikot ya.
“Kalau ada prinsip perang ni, dah berpuluh-puluh tahun lagi tua dari McD tu. Jadi, sepatutnya McD tak wujud di sini. Beritahu awal-awal ya, bukan saya sokong ‘pet pet’ tu….”tulis Michael Ang.
Michael Ang tempelak Caprice
Sementara itu, Michael Ang turut menempelak tindakan penyanyi rap, Caprice yang menuduhnya sebagai penyokong Israel, lapor Utusan Online.
Tegas Michael, dakwaan Caprice itu seolah-olah mahu menjadi batu api dengan memanipulasikan kenyataannya dengan mengatakan dia menyokong keganasan dan kezaliman Zionis.
“Caprice memanipulasikan kenyataan dan mengatakan saya menyokong keganasan Israel. Itu tidak adil kerana Caprice ada berjuta pengikut, membuatkan mereka terus menghentam dan menyerang saya.
“Saya tidak perlu tunjuk kepada satu dunia bahawa saya membangkang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel. Bila kuasa besar sokong, mereka (Israel) akan besar kepala. Tapi, Caprice boleh putar belit kenyataan itu,”ujarnya.
Artikel lain: Berhujah dengan wanita Zionis, netizen geram Caprice langsung tak diberi cakap
Baca betul-betul dan hadam
Michael ketika ditemui di majlis sidang media dan sesi rakaman program Dapur Tempur Selebriti berkata, dia berharap agar Caprice mengadam sesuatu kenyataan sebelum membuat kesimpulan tanpa usul periksa.
Tambahnya, dirinya tidak kisah sekiranya warganet mahu menyerangnya, tetapi tidak bagi Caprice kerana penyanyi terbabit boleh menghubunginya terlebih dahulu.
“Saya harap dia baca betul-betul dan hadam kenyataan yang saya keluarkan. Jangan terus main tembak.
“Kalau warganet cakap apa-apa tentang saya, saya tak layan atau balas secara sarkastik. Tapi bila Caprice bersuara, saya akan balas balik dan siap tag namanya di Instagram. Barulah dia senyap.
“Dia sangat melampau, masuk campur tapi tidak tahu hujung panggal. Caprice ada nombor telefon saya, boleh hubungi. Sebelum ini, boleh pula dia hubungi saya di mesej Instagram ajak buat lagu,” katanya.
Jangan maki keluarga saya!
Pengarah itu turut meluahkan rasa kesal apabila ada warganet menyerangnya di media sosial serta mendoakan kematiannya anaknya.
Malah, mengatakan pengarah itu tidak layak bergelar seorang muslim.
“Saya yang keluaran apa-apa kenyataan. Kalau nak maki, sila maki saya. Jangan libatkan anak atau keluarga saya. Mereka tak suruh pun saya post apa-apa.
“Saya tidak kisah kalau orang nak nak suruh saya keluar Islam, itu urusan saya dan Allah. Kalau warganet kata saya tak layak bergelar muslim juga saya tidak kisah. Saya tidak perlu pendapat orang lain mengatakan saya muslim yang baik,” katanya.
Sumber: Instagram @michaelang38, Utusan Online ( Wafa Aula)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source