Terowong Bawah Tanah Gaza. – The Patriots
Dah lebih seminggu konflik yang paling teruk antara Palestin-Israel berlangsung.
Sempadan Rafah, satu-satunya jalan keluar rakyat Gaza antara tempat paling kerap dibom rejim Zionis Israel.
Dah takde jalan lain dah untuk rakyat Gaza keluar. Dulu pernah ada terowong tapi..
Tak kira la sempadan mana-mana negara mana pun, mesti ada jalan tikus. Jalan yang tak diketahui pihak berkuasa.
Begitu juga dengan di sekitar pintu sempadan Rafah, macam-macam laluan tikus berbentuk terowong wujud disekitar tu.
Laluan tikus memang haram di sisi undang-undang, tak kira undang-undang Mesir atau Palestin.
Ada rekod menunjukkan ratusan terowong dibina oleh rakyat Palestin untuk ke Mesir tanpa perlu lalu ‘Rafah Crossing Point’ (RCP).
Sebahagian terowong dikatakan dibina sejak puluhan tahun yang lalu lebih-lebih lagi bila Gaza dikepung oleh rejim Zionis Israel.
Pada tahun 2013, kerajaan Mesir dah jalankan kerja-kerja penimbusan terowong yang terletak di sekitar bahagian utara Semenanjung Sinai dan Selatan Rafah secara besar-besaran sepanjang 12 kilometer di sempadan Rafah.
Situasi itu diburukkan lagi dengan tindakan kerajaan Mesir yang bertindak untuk memperketatkan sistem RCP setelah Hamas berjaya membentuk kerajaan dan mengetepikan legitimasi ‘Palestinian Liberation Organization’ (PLO) pimpinan Fatah di Semenanjung Gaza.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Atas faktor kebanyakan negara di dunia tak iktiraf HAMAS sebagai wakil Palestin, maka hubungan perdagangan antara Semenanjung Gaza dan peringkat global agak sukar dijalankan. Ia menjadi lebih sukar setelah negara mereka dikepung.
Kerajaan HAMAS terpaksa kenakan cukai ke atas beberapa barangan serta perkhidmatan yang ada di Semenanjung Gaza bagi memastikan kelangsungan kerajaan.
Laluan tikus ni digunakan untuk seludup barang dan untuk elak cukai yang tinggi.
Sejak tahun 2008; kerajaan Mesir telah pun membina zon penampan di sekitar pintu sempadan Rafah.
Zon penampan ni diperluaskan lagi sehingga 1.5 kilometer jaraknya memasuki bahagian utara Semenanjung Sinai.
Kerajaan Mesir bina dua buah tembok di sekitar sempadan RCP bagi tangani isu terowong.
Tembok batu pertama telah dibina pada tahun 2008, iaitu ketika zaman pentadbiran Presiden Hosni Mubarak.
Tembok kedua pula dibina berketinggian enam meter dan mencapai kedalaman bawah tanah sehingga lima meter oleh kerajaan Mesir pimpinan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi pada awal tahun 2020.
HAMAS pun guna terowong untuk import pelbagai jenis barangan termasuk senjata bagi kegunaan briged tentera melawan kezaliman rejim zionis.
Kini, rakyat Palestin tak ada pilihan untuk berhubung dengan luar selain daripada korek terowong-terowong bahaya.
2 juta rakyat Gaza kini terkepung dalam neraka dunia apabila rumah-rumah mereka lenyap dibom rejim Zionis Israel tanpa ada jalan keluar bagi mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source