Kenapa Dahulu Yahudi Sangat Dibenci Di Eropah?
Macam yang kita tau, British bawa masuk pelarian-pelarian Israel di Eropah ke tanah Palestin.
Kemudian diorang rembat tanah Palestin dan bina negara sendiri.
Persoalannya, apa yang diorang kena kat Eropah dulu?
Sebelum abad ke-19, kedudukan orang Yahudi di Eropah lagi hina daripada kelas bawahan. Kecuali di Poland, orang Yahudi tak diiktiraf kewarganegaraan dan didiskriminasi.
Ada negara yang terus tendang keluar orang Yahudi, seperti Sepanyol selepas pengeluaran Alhambra Decree (1492).
Jika dibandingkan dengan Eropah, Dunia Islam bagi lagi banyak kebebasan kepada orang Yahudi.
Rabbi teragung agama Judaisme iaitu Maimonides (1135-1204) dibenarkan menjalankan aktiviti kesarjanaan dengan bernaung di bawah kerajaan-kerajaan Islam di Cordoba dan di Mesir.
Ada dua sebab Yahudi dikeji dan dibenci oleh Eropah. Pertama, faktor agama.
Penganut Kristian tengok orang Yahudi ni kecik besar kecik besar je. Sebabnya orang Yahudi dianggap sebagai penolak dan pembunuh Jesus.
Mitos-mitos seperti Yahudi Pengembara (“Wandering Jew”) dan Fitnah Darah (“Blood Libel”) lagi menguatkan persepsi negatif terhadap Yahudi.
Malah tokoh agama seperti Martin Luther (pencetus Reformasi Protestan) tak segan silu seru orang Kristian untuk serang orang Yahudi secara fizikal.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Sebab kedua ialah faktor pekerjaan. Sebilangan besar orang Yahudi bekerja sebagai ah long tanpa lesen.
Diorang bagi pinjam duit tapi tak semua pemberi pinjaman adalah Yahudi dan ini membuat diorang dipandang serong sebagai pemakan riba.
Malah di Amerika pun sangat anti-Yahudi. Pengasas-pengasas Amerika Syarikat seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson pernah keluarkan kata-kata yang keji Yahudi.
Hanya sehingga tahun 1845, baru ada orang Yahudi dilantik sebagai wakil rakyat iaitu David Levy Yulee.
Revolusi Perancis mengubah keadaan ni. Pada September 1791, Perancis jadi negara kedua selepas Poland yang berikan hak kewarganegaraan kepada orang Yahudi.
Napoleon yang menjadi Maharaja Perancis (1803-1815) turut memperluaskan hak tersebut kepada orang Yahudi di merata Eropah melalui penaklukan.
Selepas kejatuhan Napoleon pada 1815, Yahudi yang takut kehilangan hak berusaha melobi kerajaan untuk mengekalkan hak diorang.
Kemuncak sentimen anti-Yahudi ialah dengan penerbitan buku Protokol Zionis atau “Protocol of the Elders of Zion” pada tahun 1903 di Rusia.
Buku ni dedahkan konspirasi Yahudi untuk takluk dunia dan buku tersebut menjadi bualan hangat dan mempengaruhi kerajaan Rusia untuk terus tekan orang Yahudi.
Memasuki 1930-an, teori tersebut dimanfaatkan oleh ekstremis di Jerman. Hitler sebut tentang konspirasi Freemason-Yahudi dalam bukunya Mein Kampf pada tahun 1925.
Lalu, genocide berlaku ketika Perang Dunia Kedua memaksa puak-puak Yahudi Ashkenazi ni berhijrah ke bumi Palestin yang ketika tu dibawah kekuasaan British.
Oleh: Azizul Farhan
___
Baitulmaqdis sehingga kini menjadi rebutan. Kita kena tahu agenda barat dengan mengenali sejarah mereka dalam KITAB TAMADUN EROPAH. Ada diskaun RM10 dan RM5 bakal disumbang ke Tabung Cinta Gaza
Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah atau https://thepatriots.store/kte/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source