Asal Usul Takbir Raya – The Patriots
Perang Khandak (Parit) ataupun Perang al-Ahzab (Bersekutu) berlaku di bulan Syawal tahun ke-5 H, peperangan yang berlaku di antara pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah (saw) melawan dengan pasukan tentera kafir bersekutu pimpinan Abu Sufyan. Pasukan kafir Quraish yang disertai oleh kabilah Arab yang memusuhi Rasulullah (saw) telah bergabung di bawah panji kota Mekah kepung kota Madinah yang jadi kubu pertahanan bagi umat Islam.
Antara kabilah Arab yang bernaung di bawah panji pasukan kafir Quraish Mekah adalah:
1) Bani Fazara
2) Bani Qais ‘Ailan.
3) Bani Asyja’ Sulaim
4) Bani Sa’d.
5) Bani Asad.
Pasukan di bawah Abu Sufyan hampir 10 ribu tentera kepung pasukan Islam yang seramai 3000 orang di luar kota Madinah. Salman al-Farisi bercadang kepada Rasulullah dan pasukan Islam menggali parit di utara kota Madinah yang berfungsi menghalang kemaraan tentera kafir Quraisy.
Sekutu Rasulullah yang bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan makanan dan senjata kepada tentera Islam semasa peperangan dari kabilah Yahudi Bani Quraizah telah belot Rasulullah (saw). Mereka berjanji dengan Abu Sufyan akan serang pasukan Islam Madinah dari belakang. Baginda hantar dua orang sahabatnya, Sa’ad dan Abdullah sebagai utusan kepada ketua Bani Quraizah untuk pujuk mereka kembali mengikat janji damai dengan Rasulullah (saw). Tapi permintaan Rasulullah (saw) ditolak mentah-mentah oleh ketua Bani Quraizah dan baginda berjanji akan jatuhkan hukuman kepada mereka setelah tamat peperangan.
Rasulullah (saw) menghantar Naim bin Masud untuk mengintip kem pasukan Quraish Mekah. Naim bin Masud jalankan muslihatnya dan berjaya pecah-belahkan pasukan tentera Ahzab.
Abu Sufyan hilang akal bila pasukan bersekutu di bawah pimpinannya mula bergaduh sesama sendiri dan ada kabilah tarik diri dari perang. Rancangan Abu Sufyan sekarang memerintahkan Yahudi Bani Quraizah untuk serang pasukan tentera Islam Madinah dari belakang pada malam Sabtu, tetapi perintah Abu Sufyan ditolak oleh mereka kerana serangan itu direncanakan pada malam hari Sabtu dan keesokan harinya kaum Yahudi wajib beribadah. Yahudi Bani Quraizah yang jadi harapan terakhir Abu Sufyan pun tak menyerang, sedangkan masa itu pertahanan pasukan tentera Islam Madinah mula goyah dan bekalan makanan mereka mulai berkurangan.
Malam itu juga, setelah mencapai 10 hari kepungan, Allah swt hantar ribut taufan yang buatkan keseluruhan pasukan Quraisy Mekah hancur dan segala kelengkapan peperangan mereka musnah. Ribut ini adalah sebuah angkatan perang malaikat yang turun dari langit membantu pasukan Islam Madinah.
Pagi hari Sabtu, kesemua pasukan kafir bersekutu melarikan diri dan pulang ke tempat mereka masing-masing. Tentera Islam menyambut kemenangan ini dengan gembira.
Sebaik kemenangan berpihak kepada pasukan tentera Islam, Rasulullah (saw) bersabda:
“Allahukbar, bergembiralah wahai orang-orang Muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah swt.”
Tentera Islam pun melaungkan takbir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas bantuan serta kemenangan yang diberikanNya. Maka, takbir raya yang kita dengari saban tahun ketika menjelang Aidilfitri adalah takbir yang sama dilaungkan oleh tentera Islam dalam peristiwa Perang Khandaq.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source