Mawar Rashid rasa ‘lost’, akui sedang berjuang
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid berkongsi rasa ‘lost’ atau dalam keadaan keliru selepas bertindak menanggalkan hijab minggu lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di Insta Story, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui sedang berjuang selain memohon Allah mengembalikan dirinya yang dulu.
Mawar Rashid rasa ‘lost’
Foto: BeautifulNara
“Ya Allah ya tuhanku, mohon kembalikan diriku yang dulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini. Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang,” katanya.
Pelakon drama TQ Captain itu juga memohon orang ramai supaya mendoakannya agar dia kembali menjadi dirinya yang dulu.
“Mohon doakan saya,” ujarnya.
Sementara itu, tinjauan mendapati dia telah memadam gambar tidak berhijab yang dikongsi sebelum ini di Instagramnya.
Artikel berkaitan: Dah cuba tapi gagal, Mawar Rashid ‘tanggal’ tudung
Sebelum ini, Mawar mengambil keputusan untuk memuat naik gambar dirinya tidak berhijab sehingga mendapat kecaman dalam kalangan netizen.
Menerusi kapsyen dikongsi di Instagram, ibu kepada dua orang anak itu berkata dia sudah mencuba untuk istiqamah namun gagal.
Mawar juga telah memohon maaf kepada semua orang atas tindakannya dan mengaku perkara itu tidak harus dicontohi.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source