Meerqeen disindir sebab tak sokong Palestin Disindir tak sokong Palestin, Meerqeen bersuara -“Bukan semua perlu share..”
Pelakon meningkat naik, Meerqeen akhirnya bersuara selepas bertalu-bertalu dikecam dan disindir warganet kerana tidak bersuara mengenai kekejaman yang berlaku di Gaza di platform media sosial.
Bukan semua perlu share – Meerqeen
Tegas pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, dirinya seorang muslim dan tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.
Ujarnya, biarlah apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukannya kepada saudara-saudara di Palestin diketahui oleh-Nya tanpa memaklumkan kepada orang ramai.
“Terima kasih, saya seorang muslim. Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim saya dah jalankan. Bukan semua perlu share dengan semua.
“Cukup saya dan Maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara di sana, sudah memadai,”jawabnya.
Dia berkata demikian pada ruangan komen seorang warganet yang memberi bayangan aktor itu dimasukkan ke ‘neraka’ hanya kerana tidak berkongsi perihal Palestin.
Kutuk & keji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman
Sebagai seorang beragama Islam, Meerqeen juga kekal dengan pendirian untuk memperjuangkan keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh semua pihak.
Pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu juga akan terus berjuang sebagai orang Islam demi memperolehi kedamaian sejagat meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak,
“Saya pasti semua orang tahu akan situasi yang sedang berlaku hari ini. Syaa dididik lengkap oleh kedua ibu bapa dengan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.
“Saya tidak pernah walau sekali pun berpaling daripada pendirian itu dan mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman.
“Sebagai seorang Muslim, saya percaya dengan tanggungjawab untuk terus berusaha menjadi khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan serta kedamaian.
“Doa dan harapan saya akan sentiasa terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka.
“Dengan kudrat dan kemampuan saya yang kecil ini, saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.
“Saya percaya kepada perancangan Allah SWT dan hanya Dia yang akan membalas setiap kezaliman sejak awal hingga akhir waktu.
“Untuk itu, saya menyeru kepada saudara-saudara saya serta rakyat Malaysia keseluruhannya agar terus memperjuangkan kebenaran. Semoga suatu hari, kedamaian akan tiba dengan izin-Nya,” ujarnya dalam kenyataan di Instagram.
Artikel lain: Meerqeen bangga masuk senarai 100 lelaki kacak dunia, enggan jual rupa
Artikel lain: Meerqeen lelaki terkacak dunia, setanding Jin BTS & Bright Vachirawit
Suka Gal Gadot sebagai pelakon sahaja
Sebelum ini, nama Meerqeen menjadi bualan selepas tindakannya bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot di sebuah acara di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, dia menyatakan gambar tersebut diambil atas dasar portfolio sebagai seorang pelakon sahaja dan tiada makna dirinya seorang pro-Israel.
“Saya rasa okey sahaja perkongsian itu. Saya suka dia sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa perlu lepaskan peluang sebegitu,” jelasnya sebelum ini.
Sumber: Instagram @meerqeen , Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source